Sapa Nak Follow...jom..

Friday 30 September 2011

PIzza San Francisco- Farewell for KC Chang

We having a farewell lunch today for our college , KC Chang which decided to leave after 4 years ++ service in Agility..
Our CFO also joint....masa ni seronok, bcoz looks like we a very happy n enjoying the moment
Our boss also tak macam in office....always talk talk n talk...hehehe..den macam biasa lah, seat sebelah menyebelah each other...kalo tak, mau mati semua kutu kutu ...hahahah
Harini den order Beef Lasagna, drink is Kedondong...layan gambar den...:P

Posing dulu seblom ngappp....
Lasagna dia mmg best....full of sauce...but air kedondong dia sangat pahit...gilerr...seb bek lasgna tu rs masam2, so mmg ngam lah tuh....Price den tak tahu, sbb our boss belanja....:P:P:P

Finance staff...
AR department now ada 2 orang aje, hope dorang leh catch up lah ngan keje yag berbakul2 ituw....
This is the person will hping to leave us..
KC & his girl......Shira & Connie
 That's the report for today...tak boleh bebel panjang2 ..ujung bulan...banyak benda yg nk di settle...daaaa

Wednesday 28 September 2011

30 Syawal 1432.....All in red.....

Indahnya Syawal di raikan di merata rata tempat...Today, our turn plak kat Agility celebrate raya....
Syiokk...sbb ala2 pot luck...masing2 masak masakan yg dorang nak...den masak kuah lodeh yor...tp sayangnya, tak sompek nk snap....
Korang layan ajelah gambo2 ni....cakap banyak pun tak guno.....tp,kami je yg galak berposing, gambo makanannya tak dok...hahahah...apa pun tak boleh...
Finance mummy...all in red

Ini lah dia geng2 yg tak hirau makan, pantang nmpk camera..posing ajeee

Ini nk bergambo tanpa den mana bolehhhhhh.......cpt2 den enterprem...haha

Baru Vogue.........

Haha.den suke yg kek tongah tuh.....

Us from Finance.......
3 of us....ini lah teman luch den hari hari...

Nak jugakkkk dia enterprem......

Smart lah lu mat.......
Apa2 hal pun, mmg enjoy....enjoy the food & anjoy the photo session...hahaha
Adakan kita bersama lagi tahun depan??...sukar di jawab...

Sunday 25 September 2011

Resepi Kek Marble Cokelat

As salam....resepi ni den wat masa time pose...testing untuk wat raya....den share ngan korunk yo...
tadaaaaa..air tangan orang yg pertama kali mem-baked dgn jayanya..bangga siottt

Bahan Bahan

250 g mentega (guna high quality butter)
250 g tepung gandum
1 camca teh baking powder
3 camca besar susu pekat
5 biji telur gred A
100 g gula pasir-Kurangkan jika tak nak manis 
2 camca besar ovallate (cake stabilizer)
1 camca teh tartar cream
3 camca susu pekat manis
20 g air
1 camca teh esen vanilla
4 camca besor serbuk choc bancuh ngan sikit air suam

Cara Cara:

1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat/petak , alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega dan telor satu persatu hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan.
3.Masukkan gula pasir dan ovallate,susu,tartar cream putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata dan mulakan  gunakan kelajuan tinggi...
4. Perlahan kan speed, putar sebati. Masukkan esen vanilla, dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lagi campur dengan coklat , kacau rata.
5. Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap, macam ni:

6. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kuning keemasan, check dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.
tak sempat sejuk...dah d potong...excited

Selamat Mencuba.....

Saturday 24 September 2011

Open House dan Adabnya....kadang kadang ramai yang pandang remeh

Alhamdulillah,harini berjaya jua memenuhi jemputan kawan2 kerumah terbuka.Terima kasih atas jemputan.....Seawal 12tghr,dah bersiap2 bergerak dari rumah menuju ke rumah pertama di Bangi...mujurlan ada sang driver yang sudi membawa kami anak beranak semua...selesai rumah pertama, menuju kerumah ke-2,di Puncak Jalil, dan seterusnya ke Klang, Shah Alam dan lastnya Subang...


Indahnya perayaan Syawal, semua berebut2 menjamu kawan2 dan sanak saudara...time ni lah boleh berjumpe beramai2...kalo time tak Raya,masing2 sibuk mengejear kerjaya....Ramai yang alpa, ada adabnya menghadiri rumah terbuka ini..jom kita kongsikan...:


Adab Kunjungi Rumah Terbuka
1. Jaga niat dan tujuan


Setiap perkara yang kita lakukan pastinya akan adanya niat bukan? Kenapa kita ingin pergi ke rumah terbuka? Adakah kita mahu mengeratkan hubungan sillaturrahim, saling bermaaf-maafan atau pun sekadar ingin memperagakan atau menunjuk-nunjuk baju raya kita yang paling cantik dan mahal? jawapan itu ada pada anda! tepuk dada tanya iman.


2. Jaga aurat


Bagi yang lelaki tidaklah ada masalah dari segi aurat, tetapi bagi yang perempuan seharusnya memakai pakaian yang menutup aurat dimana tidak menjolok mata para- para tetamu yang lain.


3. Jaga masa


Masa amat penting dimana kita harus tahu waktu majlis Rumah Terbuka tersebut diadakan. Jangan pula bila tuan rumah sudah siap mengemas semuanya barulah anda semua sampai. Menyusahkan tuan rumah pula untuk melayan anda. (Kalau setakat lewat 30 minit tuh tuan rumah boleh terima lagi lah. hehehe)
4. Jaga solat
Jangan sibuk kita ke sana ke mari menghadiri majlis Rumah Terbuka sehingga kita lupa untuk tunaikan solat. Dah pakai baju cantik-cantik, mekap tebal-tebal, sehingga nak ambik wuduk pun tak mahu sebab sayangkan make-upnya. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara. Bagi tuan rumah pula, bila dok sibuk melayan tetamu yang hadir jgn pula tinggalkan solat. Jgn pula sibuk mencari pahala berumah terbuka tetapi dosa pulak yang kita dapat. Ingat tu...
5. Jaga akhlak & tatasusila
Akhlak & tatasusila haruslah dijaga semasa berada di majlis Rumah terbuka. Sebagai contoh:
  • Memberi salam & bersalaman - Memberi salam dengan baik dan jelas. Bagi yang bukan mahram dilarang sama sekali untuk kita bersalam.
  • Meminta izin untuk masuk - mintalah izin dengan penuh hormat
  • Memendekkan tempoh ziarah - janganlah pula kita duduk dalam majlis tersebut berjam-jam.
  • Mengawal pandangan dan merendahkan suara - kita haruslah menjaga pandangan semasa di rumahnya. Janganlah pula kita melilau-lilau memandang ikut sukahati sahaja (meneroka rumah tuan rumah sehingga ke bilik). Merendahkan suara juga perlu, ingat.. tetamu yang ada dalam majlis tersebut takkan mahu dengar suara anda seorang je bukan? jadi pandai-pandailah anda kontrol suara agar tidak menganggu ketenteraman tetamu yang lain.
  • Meminta izin untuk balik - jangan lupa meminta izin untuk balik dari tuan rumah, jgnlah anda terus pergi begitu sahaja, memberi salam dan bersalaman dgn tuan rumah terlebih dahulu dan tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang disediakan.


6. Jaga adab makan


Adab makan perlu dijaga semasa menghadiri rumah terbuka. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja. Jangan mudah membazir walau anda tahu banyak lagi makanan yang disediakan. Membazir amalan syaitan.
7. Jaga mulut


Lepas dari rumah terbuka janganlah pula kita dok membanding-bandingkan pula. Rumah nih BEST, Rumah yang tu hidangannya sikit dan tak sedap plak! Macam-macam kita komplen lagi , langsir tuan rumah tak cantiklah, rumah kecil lah, dan sebagainya. Namun sebagai tetamu haruslah kita bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan.


Itulah serba sedikit tips atau panduan yang saya mahu kongsikan bersama pembaca sebelum kita menghadiri majlis ke Rumah Terbuka agar kita menjaga adab-adab dengan sebaik mungkin. Jadikan kunjungan kita ke rumah terbuka sebagai satu jambatan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita selain mencari pahala dan keberkatan padanya di hari yang penuh mulia ini. InsyaALLAH.


Wallahuallam....

Friday 23 September 2011

KFC vs Ais Krim Malaysia

Harini anak2 request nak makan KFC,siap suh belikan toys sekali..budak2 skrg kan...kalo dah nama KFC,kalo utk makan 3 4 org,kalo takde duit RM40.00,toksah le berani2 nk jenguk...mmg x dapat nyer derrr
Yang ini pundah kosnya RM49.95 dah nie..amik yang MINI BUCKET

Tingat zaman kecik2 dulu,time arwah ayah balik keje,jgn berangan le nk dpt KFC..time tu,dapat ais krim malaysia tu,dh rasa gembira yg amat dah...time tu,mana ada KFC lg kat Terengganu,kalo ada pun,nung jauh d bandar...mana ada trnspt nak g beli...

Tapi,time tu,walopon dpt ais krim je,dh tersenyum lebor,sbbnya...buah tangan dr ayah balik keje...suke macam dpt KFC..skrg bdk2 ni,x di pandangnya ais krim tuh...
Rindukan semua itu...tapi lebih rindu lagi pada arwah ayahku...tiada galang gantinya kasihmu AYAH..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lets Enjoy Kiwi Berry Frozen Yogurt

Lunch time tadi den berkesempatan meng-ularkan diri den ke Giant Seksyen 13 Shah Alam dengan geng2 sekufu den.......Biasalah, hari Jumaat, sure panjang aje langkahnya, walopon waktu lunch kami pendek ajer....masuk lambat tu, standart lah tu..keh3..ampun bos!
Lepas perkena Laksa Udang kat Restoren Laska Cheng, terpandang kat depan tu kiosk kecil molek ala-ala
Tutti Fruti- Frozen Yogurt yang kini makin ramai peminatnya.......
Diberi nama KIWI BERRY FROZEN YOGURT

Den memang teruja nengoknya....ketinggal kan rakan sekufu den berborak kat Laksa Cheng tuh, den pegi jenguk....hurmmm....menarikkkk
It's cheaper than TF..oh yeahhhh.....it's only cost you RM0.49/g, compared to TF-RM0.53/g..
It's a healthy desert....have variety of flavors & more than 20 toppings which form fresh fruits & choc also...
Sadly, sebabkan teruja, tak sompek nk amik gambo... habis di belasah dalam 2 kelip mata...naseb bek google, jumpe kat sini:http://twentyofmay.blogspot.com/ -Tq....Apa yang den amik, lebey kurang macam ni ler.....

It's yummmyyyyyy.......

It's cost me.....
RM 11.25
Den udah torai, anda bila lagi....seblom ayo lio meleleh....copek p Giant Sek 13 n torai Kiwi Berry...

Thursday 22 September 2011

Dah mula menggatal balik nak cantek2....now with Naturactor Face Cream Foundation

Haaaa...dah agak lama meninggalkan alam2 makeup n berperasaan nak cantek bila g opis....dulu ye lah, lps dpt anak ke-2, masa waktu pagi tuh, terasa suntuk yang amat...kadang2 tu, pakai lipstik lam keter aje...

Sehinggalah di kejutkan (kejutkan ok....sbb dh lama lena bab2 make up nie...) oleh sahabat baik Nida Shuib pasal benda alah yang menguji keimanan ini........

Sbb tengok muka dia flawless aje, sedangkan muka den berminyak Ya Rabbi......Leh goreng ayam,...hahaha
Risik punya risik, dia bagi link ni: http://www.facebook.com/chadiyusweet
Tak pikir panjang, terus order ...RM 40.00 aje  termasuk postage......den amik yg bernombor 140...yg mana ini sesuai utk kulit ala2 putih macam anak Cina.....

Cam ni haa....pilih aje mana yg berkonan di hati.....agak2 yg sesuai ngan kulit lahhh...

Meh den bagi info sikit sebanyak pasal menda alah nie....

NATURACTOR COVER FACE CREAM(FOUNDATION) & LOOSE POWDER..
ANDA IMPIKAN MAKEUP YANG TAHAN LAMA? TIDAK BERMINYAK? RINGAN DAN WAJAH YANG BERSERI-SERI?
INILAH PRODUK YANG PALING TEPAT. NATURACTOR COVER CREAM MERUPAKAN FOUNDATION YANG DAPAT MENUTUP SEMUA CELA-CELA DIWAJAH, SELAIN ITU JUGA IA DIPERBUAT DARIPADA BAHAN BERASASKAN TUMBUH-TUMBUHAN ORGANIK DAN TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN KULIT..

KELEBIHAN NATURACTOR COVER CREAM

>>Anti kilauan / tidak berminyak.
>>100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat, dan noda hitam
>>Ringan dan lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakainya
>>Melindungi kulit dari sinar uv yang menyebabkan pigmentasi
>>Senang digunakan dan tidak melekit
>>Bertahan hingga 12 jam, berbanding bedak biasa hanya 1 jam.
>>Tidak menutup pori-pori
>>Sering digunapakai oleh makeup artis professional
Den pakai foundation ni no 140 dengan Mineral  Loose Powder Rona Sutra.......thennnnn.....inilah hasilnya.
Dah pakai Naturactor....


Seblom pakai Naturactor....
Now den lebih yakin melangkah (cewwaaah...yo yo orr..mcm lah artis..haha)...
Kalo berminat, click aje link kat atas tuh...order kat sana yer.....mcm2 ada situ, nak belajo make up pun ado....yang penting, minat dah kemahuan...that's it......
Now den tangah galak mengumpul warna warna Eye Shadow, Lipstiks lak....
Persoalannya...sompek ke den nak conteng muko subuh2 hadam tuhhhhh........tetttttt



Wednesday 21 September 2011

Resepi Sayur Pedas Labu Air

Lauk ni kalo bulan Ramadhan,mmg femes untuk famili saya...kena pulak ngan sambal belacan...perghhh
Sayur Pedas Labu Air...Syedapppp
Bahan Bahan:
-1 Bj Labu air sederhana besar-Bersihkan, kupas kulit & potong sederhana besar
-1 ekor ikan kembung rebus(*)
-Sedikit serbuk lada hitam-nak lagi terangkat, tumbuk yg biji lada hitam tuh...piorrrr punya (*)
-2 ulas bawang merah (*)
-Daun kesom
-Air secukupnya
-Perasa-Garam,gula,Aji

(*) Bahan bertanda di tumbuk sekali...guna lesung batu (kalo malas, pakai le blender)

Cara Cara:
-Masukkan lam periuk Labu yg telah di potong n di bersihkan
-Masukkan air agak2 lah ye..nak banyak kuah taruk lebih nak sikit, taruk sikit lerr
-Masukkan bahan bertanda (*)
-Masukkan daun kesom 
-Masukkan perasa
-Biarkan mendidih...siapppppp

Selamat mencuba...senang aje nie............


Our New Little Princess In Our Family.......Maya Qalesya

Dah lama tak cium bau wangi baby....best kan bau baby....My twin sister di anugerahkan ahli keluarga baru...gegirl kali ni....Maya Qalesya Bt Mohd Zaidi di beri nama...Di lahirkan pada 03 Sept 11, sehari sebelom beday adik Lelaki kesayangan kami.....Seindah dan secantek namanya....bestnyer dapat baby baru.....
Few days selepas di lahirkan....cuteeeee

Bila bagitau kat Balqis yang Mak Alangnya dapat baby gegirl, di mintaknya ngan mama, nak gegirl jugak...sbb boboy nakal katanya...hahaha....cane tuh?.....Mak uda belum berkesempatan lagi nak tengok Maya, InsyaALLAH, Raya Haji nanti kita jumpe yer....

Maya harini ini- Selepas 18 hari....cepatnya membesar...

Pada ibu Maya,semoga berjaya dalam misi Penyusuan Eksklusif yang di impikan....harap bertabah lah...penat memang ler penat, tp demi si comel ini...kuatkan lah semangat mu....chaiyok chaiyok...

Tuesday 20 September 2011

Resepi Encik Abbas Demam

Actually saya  memasaknya masa bulan pose itu hari, now baru berkesempatan up kat blog....

Encik Abbas Demam...glamer masa bulan puasa..

Untuk 4 orang makan

Bahan Bahan:
-Sepeket Serbuk Sagu (di sebabkan tak de stok ,saya guna aje sagu biji....sama ajenya)
-Air yang secukupnya
-Santan Pekat dr sebiji kelapa
-2 ekor ikan Kembong-Di rebus dan di hancurkan isinya
-2 ulas bawang merah d mayam halus
-Sedikit halia-juga di mayam halus
-Sedikit Halba
-Perasa (garam, gula,Aji)

Cara:
-Masakkan sagu terlebih dahulu dengan sedikit gula dan sejukkan (jgn terlalu lembik, nnt susah nk potong)
-Masakkan santan atas api yang slow,masukkan ikan yg dah di hancurkan
-Masukkan halba,bawang,halia dan perasa
-Biarkan mendidih sekejap-JANGAN SAMPAI PECAH MINYAK
-Tutup api...hidangkan bersama sagu yang telah di potong seperti di atas....
-Siappppp...

Selamat mencuba...saya suka sangat ngan masakan nie.....lemak2 gitu kuahnya....


Time Pregnantkan Adam.....bulatnyer

Harini ni menjadi rajin duk belek2 folder2 kat desktop opis aku nie...tup2 , jumpe le gambo ni masa nagndungkan Adam dulu....


Tembamnya akuuu.....

Bulat nyer akuuu.... Gambar ni  lebih kurang sebulan seblom Adam lahir...Kat Cameron Highlands nie...start le memori daun pisang..hheheh...pregnant kan Adam lagi teruk dari pregnantkan Kakak...mabuk nya lagi worst..sampai masuk2 spital lah....sbb tak leh masuk makanan langsung...tp masuk aje bulan ke 4, selera makan dtg tanpa di paksa.....mencekik aje....itu yg sebulan tuh leh naik samapi 4kg...apa lagi,kena la marah dek misi....

Adam Miqail B Mohd Faisham lahir tepat jam 6.25ptg pada 23 Jan 2009 di Hospital Sungai Buloh dengan berat 2.75kg..tapi kali ni, hencik suami sekali lagi tak sempat nak menemani ku kat Labour Room...sob3..tak pe...anak ke 3 nanti kalo ada rezeki, akan ku paksa jua....
Adam Miqail..Sebaik di lahirkan..
Indahnya kurnian Tuhan yang memberiku peluang melahirkan seorang ummat Muhammad ke bumi ini..akan ku didiknya sebaik mungkin......
Adam sekarang...
Mama n Abah sayang Adam....

Monday 19 September 2011

Aku Dan Kopi Tak Dapat Di Pisahkan...

Aku taw, ramai yang addicted ngan benda alah yang bernama KOPI niehhh...aku kalo tak kena benda nie ,mcm kena peyakit MENTAL BLOCK  aje....sekali sehari pun tak pelah....kalo bulan puasa, aku pulun time sahur...kalo kat umah den buat stock yang 2 in 1 ni haa....sonang....tuang yo ayor panas..siapppp
So tadi lunch,menghirup kopi di BANGI KOPITIAM TTDI JAYA with my rakan sekerja....nikmattttt...
Kopi C -RM 2.20..Nikmattt

Aku kalo dah ke BK, mmg pekena Nasi Goreng Chicken Chop...kalo dari opis niat nak try yang lain, samapi ke sana, itu jugak lerrr yang aku order.......sbb ayam dia rangupp....layan ini gambaq...jagan menitik ayaq lio sudah lerrr...

Nasi Goreng Chicken Chop wiv Kopi C...wiiiiiiiii

Itu jelah utk harini..kepala buntu, keje banyak...maklumler baru lps training last week....




Sunday 18 September 2011

I'm one of the Pearl Haya Collector.....

Tujuan nya bukan nk nunjuk, tp untuk kepuasan hati sendiri...sangat suka dengan kualitinya...anjoiiiiicee
Paling Sayang yang ini bcoz Hubby Hadiahkan sempena Raya 2011







Best pakai yg sport mcm nie



ini anak daro den punya...heheh 



Setakat ini,jam 230 petang- 25.12.2011