Sapa Nak Follow...jom..

Saturday 26 November 2011

Apam Beras Eno Harimau Muda

Gebu gebas........
Bahan Bahan
1 Peket Tepung Beras (500grm)
1/2 peket Mauripan
1 Peket Eno 
300-310ml air masak
8-10 sudu makan gula pasir
Pewarna mengikut citarasa anda

Cara Cara
-Tepung dibancuh bersama air sedikit demi sedikit,masukkan yis & gula, dan kacau hingga sebati
-Bancuhan tadi dibiarkan semalaman (den bancuh malam, esok pagi kukus)
-Bahagikan bancuhan kepada 2 atau 3 bahagian mengikut warna yg anda mahukan
-Panaskan pengukus
-Titikan warna yg di kehendaki & masukkan Eno lebihkan 1 sudu makan setiap bahagian
-Kacau sehingga berbuih
-Bila kukusan dah panas,masukkan seketika acuan yg telah d sapu sedikit minyak
-Tuangkan adunan tadi kedalam acuan dan kukus dalam masa 10 hingga 15 minit
-Sedap  di hidangkan dengan kelapa parut putih yg di campur sedikit garam 

(*) Supaya kelapa tahan lama,kukus seketika kelapa

Selamat mencuba........

Thursday 24 November 2011

Idaman Kalbu,Tab 10.1....jom compare ngan I Pad, apa yang best pasal Tab ni

Dulu, den memang ketinggalan bab gajet nieh, but now, i'm eager to have more n more gadget..........becuase why?because sekarang boleh katakan semua melalui Internet, sampaikan nak tahu prestasi pembelajaran anak2 pun melalui  website...tak ke mudah tuh.....dulu duk nanges2 nak laptop,dah dapat laptop dah Blackberry pulak, dah dapat Blackbery, nak tablet pulak.......ajerrr lahhh........

Inilah Idaman hati den........Galaxy Tab 10.1

Tab ni saingan sengit dah hanget kepada I Pad 2...ramai yang duk ngidam I Pad 2, tapi den lagi ngidam ngan dak Tab 10.1 nie........now sanggup puasa PH nak kumpul duit beli nie...haihhhh..tertekan beb

Jom risik apa yang best pasal encik Tab 10.1 yang membuatkan den jatuh chenta sama dia....
Ini den dapat hasil kerajinan menempel ngan Encik Google kat untuk Comparison between Tab 10.1 with I Pad 2

Rupa dia dulu.......slightly same kan.....tapi Tab tetap cuteeeeee...hahaha
seeeeeeeeee.......yg itam manis tuh Tab yer....
Spesifikasi dimensi plak untuk ke 2 tablet ni:


Terbukti Tab 10.1 lebih slim dari I Pad 2..hoyeahhhhhhhhh

Speaker laks...Tab 10.1 menang...terbaekkkkkkkk..baru best layan Youtube....
 Speaker I Pad 2, di bekalkan 1 speaker Extraaaa besar...1 ajerrrr....sedangkan , Tab 10.1, ada 2 speaker dia kiri dan kanan nya,mantap bebbb....

Ini I Pad 2  nyer speaker

Ini lak Tab 10.1 punyer speaker.......kiri kanan ada

Multimedia pulak.......opkos Tab 10.1 win

Video Playback
  • iPad 2 : 720p H264
  • Tab 10.1 : 1080p

Audio 5.1 Surround Sound
  • iPad 2 : Mesti menggunakan adapter digital AV
  • Tab 10.1 : Langsung dari speaker
Tab 10.1 juga memiliki layar widescreen lebih besar berbandig I Pad 2...puassssss...

Camera & Video..Tab 10.1 win...againnn
  • iPad 2 : kamera depan 0.3 MP, kamera belakang 0.7 mp, video 720p
  • Tab 10.1 : kamera depan 2 MP, kemara belakang 3 MP, video 720p
 Muah3.....

3G Connection-DRAW
  • iPad 2 : UMTS/HSDPA/HSUPA
  • Tab 10.1 : HSPA +21, GSM/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz)
  • iPad 2 : Wifi 802.11 b/g/n Dual band, Bluetooth 3.1 EDR
  • Tab 10.1 : Wifi 802.11 b/g/n Dual band, Bluetooth 3.0

  • iPad 2 : MicroSim
  • Tab 10.1 : Standard SIMcard
Nak tahu banyak lagi, klik le link kat atas tuh.....apa apa pun, chenta den tetap pada Mr Tab 10.1...
InsyaALLAH, akan den dapatkan nya........bila tu?tunggguuuuuuuuu...........

Seee...kat meja den pun di letakkan terpampang idaman hati nie......selagi tak dapat., selagi tuh tak di turunkan pmaplet nie.......
Muah3.........steady lahh.....

Wednesday 23 November 2011

Petua Agar Anak Mendengar Cakap Ibu Bapa...

Anak adalah anugerah Ilahi yang tiada galang gantinya......bak kata seorang teman, hilang suami/isteri boleh di cari ganti,hilang ibu/anak,hilang didunia dan akhirat....Membentuk anak naka agar mendengar cakap ibu bapa agar menjadi anak yang taat, adalah impian semua yang bergelar ibu dan bapa.....tertarik dengan satu artikat dari Healty Living mengenai amalan amalan mudah yang boleh membatu anak anak kita...jom kita kongsi...mudah mudahan dapat juga aku praktikkan untuk permata hatiku Adam Miqail & Balqis

1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Permata hatiku.........

Jom Sama sama amalkan..........Semoga anak anak kita menjadi anak yang Soleh & Solehah, seimbang Dunia dan Akhirat..amin

Tuesday 22 November 2011

Semangat Harimau Malaya..Aummmmmmmmmmm

Syabas anak Malaysia kerana bejaya mempertahan kan pingat Emas Sukan Sea Bola Sepak
Game malam tadi mmg menyesakkan dada........Mengheret permainan hingga ke titisan akhir, memang memerlukan menuntut pengorbanan Adrenalin yang tinggi........Bayangkan kami sekeluarga malam tadi, gegak gempita rumah...sriuh rendah sana sini dengan teriakan....memag hebat semangat bola anak MALAYSIA

Selepas 120 minit berjuang termasuk lah masa tambahan, masih lagi terikat denag 1-1, akhirnya membawa kepada penentuan penalti...Mmg mendebarkan...Akhirnya, sang Garuda tewas di baham Harimau Muda bersaksikan lebih 100ribu penyokong Garuda di Stadium Bung Karno dengan penalti 5-4..tipis kemenangan. tp cukup berbangga kerana mereka berjuang habis habisan..syabass semua player.......
Pasukan Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan Sea ke-26 di Jakarta, 21 November 2011.

Kehebatan tangan emas KFC mmg patut di banggakan......berjaya menyelamatkan beberapa cubaan
Tendangan kemenangan dari kapten Harimau Muda.........gollllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

Syabas Anak Malaysia...........Saya Bangga Jadi Anak Malaysia..............

Sunday 20 November 2011

Ais Krim Home Made.....

As Salam...actually, dah 2 3 kali dah buat, tapi la ni baru nak masukkan resepi...cuba lah yer....
Hasil dari resepi ni, dapatlah 2 bekas nie.......

Bahan Bahan
1 tin susu pekat manis
2 tin susu air masak
 2 sudu besar overlatte
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila
2 @ 3 sudu serbuk koko
***mixer untuk pukul susu spy kembang

Saya buat perisa strowberi ala paddle pop ngan choc oreo....
so if nak letak oreo,blend biskut oreo tu then masukkan dlm adunan...


Cara Cara
-1 Tin susu pekat dan juga 2 tin air di sukat guna tin susu tu jugak d masak dgn api sederhana bersama dengan tepung jagung biarkan sejuk
-Mixing campuran susu,Ovalette & vanilla sehingga kembang,guna kelajuan maxima....don worry, memula nampak mcm siket, lama2 dia akan kembang & likat  , macam nie...:
 Dah penuh mangkuk mixer tuh......
-Bila nampak dah likat, bahagikan ikut suka anda lah, kalo nak buat semua nya choc,masukkan bancuhan choclat, if nak wat paddle pop, bahagikan adunan ikut warna.....mixing lagi...(lagi lama,lagi gebu..)
-Masukkan dalam bekas yg ada nak, mcm saya utk Paddle Pop nie...:
Paddle Pop...warna warni..anak2 suke
-Kacau kacau sket kasik Vouge...:

 Hasil  kacauan...
-Bekukan dan mixing sekali lagi untuk hasil yang lebih gebu gebas.......(cubaan pertama den tak mixing kali ke 2, hasilnya tak berapa best, then 2nd time buat, mixing kali ke 2, melethopp  hasilnya)
-Dah mixing 2nd time tuh, bekukan lagi sekali, after that, dah leh makan dah...best makan ngan roti kan...

Selamat mencuba....hasil dari air tangan ada untuk anak2 anda......

Friday 18 November 2011

Uji Tahap Ke Stressan Anda..Amacam?Pusing Pusing tak?..

Gambar gambar ni statik aje sbenarnya....tapi kalo anda nampak ia bergerak laju mcm tahao Gaban Berapi tuh, tahap ketensionan anda tuh di tahap kritikal tuh...try kontrol tgk, berpusingor bergerak lagi ke tak?......
Amacam......

Den nampak bergelombang...aiyokkkkkk

Gerak tak yang nie?.......
Kawal stress anda, begitu juga saya........

Thursday 17 November 2011

Power of Mum........Hebatnya seorang Ibu


Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

Hebatnya kuasa seorang ibu......Siapa yang melaluinya sahaja yang mampu memahami kesakitan yang di tanggung.....

Tak tertanggung rasa sakitnya, tetapi setelah menatap mata jernih anak yang di kandung, semuanya hilang....
Sayangilah ibumu.......Peringatan untuk diriku juga....

Ya Allah, perliharakanlah orang yang memberiku nyawa ini, ampunilah dosa2 nya,sejahterakan lah hidupnya....amin

Saturday 12 November 2011

Resepi Cheese Kek Mamamieja

Bila dah pandai wat cheese cake, makin gairah lah pulak nk mencuba macam2 cheese kek..ini pulak jumpe resepi yg simple...tp kali ni kena bakar....jom...
 Rupa setelah masak........

Bahan Bahan
  • 250g cream cheese
  • 200ml plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula 
Cara Cara
-Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)(den guno non stick punya loyang, so x yah le sapu butter) 

-Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer mcm ni:
Semua bahan d masukan sekali

 -Mix biar sampai jadi cream

-Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit,mcm nie:


-Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.

-Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Selamat Mencuba

Friday 11 November 2011

Restoran Ikan Laga,TTDI Jaya ,Shah Alam

Harini 11.11.11 kami melayan tuntutan  tekak di Restoran Ikan Laga, TTDI Jaya Shah Alam.Kedai ni menyediakan masakan asli Pahang terutamanya Ikan Patin  tempoyak.....

First time mencuba,walaupun jaraknya dari office tak le sejauh mana pun.....Nice decoration ,seakan berada di dalam kereta FI....kerusinya emput mcm Recaro Seat...hhahaha....Service agak slow, tp terubat dek kesedapan makanan.....Resonable Price....layanlah gambar gambar makanan ni yer....

Ini Set Asam Pedas Ikan Merah...RM9.90
Rasa asam pedas dia boleh tahan, ikan yang fresh, sedap..kena plak ngan sambal belacan  tuh...mmg melayang abih.......
Set Ikan Patin Pais...RM10.90...mmg terbaekkkk...
Ikan Patin Pais dia best wokk....dia letak petai sket...tp cukup rasa pedas masam masin semua....
Bertambah lagi sepinggan nasi.....hek3

Bagi yang nak mencuba, bolehlah singgah ke : Restoran Ikan Laga TTDI

Thursday 10 November 2011

Mencari Mood yang tak kunjung tiba..

Hmmm..inilah padahnya kalo dah bercuti lama..tak lama pun,baru 3 4 hari..heheh..sudahnya,mood nak keje tak menjengah langsung..yang datang bertandang mood malas aje..cane tuh?...keje kat opis tok sah cakap lah banyak...ngadap mesin 4 segi kat depan ni rs macam kosong ajerrr...adoyaiii....
Parah3...harini dah 10hb,nanti nk closing lagi...alangkah sronok kalo leh bercuti lagi...lari dari dunia pekerjaan sekejap..hmmmm...
Anda macam mana?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 9 November 2011

Lempeng Nyor

Ini lah makanan yang paling best time2 ujan...dulu mmg selalu sangat mak buat, sbb kalo kat kg,senang nak dapat kelapa yang tak berapa tua or muda......cicah plak ngan Kari ayam or daging...memang menyengat abih...
Rupe lempeng nyor.......
Bahan Bahan
-Tepung Gandum..(agak2 le nak banyak mana)
-Isi kelapa tak berapa tua (dengan kata lain, kelapa kulit hijau..kat KL payah nk dapat)
-Air kelapa (ambil dr kelapa tu ler)
-Garam secukupnya

Cara Cara
-Gaulkan tepung gandum ngan isi kelapa dan garam
-Masukkan air kelapa sedikit demi sedikit
-Gaul hingga sebati,lebih baik adunan tuh sedikit lembik,kalo keras tak best
-Bentukkan seperti bulatan/roti canai dengan ketebalan sederhana di atas kuali leper
-Goreng dalam kuali leper dengan minyak yg sedikit sahaja, macam goreng roti canai...
-Dah agak keperangan, boleh lah angkat, dan cicah ngan kari ayam or daging
-Enak d makan semasa panas

Selamat Mencuba.......

Friday 4 November 2011

Kek Marble Pelangi Vouge

As Salam....Ini salah satu buah tangan yang den buat urk bawak balik Raya Aidiladha.......Di sebabkan Marble Choc pun dah buat, so tukau sket jadik Vouge...color color pulak...tapi yg membezakan resepi ni, dia guna Magerin n Susu instead of Butter...jom tgk...
Ready to Oven.......

Bahan Bahan

250 g Margerin (Den Guno Margerin Seri Pelangi)
250 g tepung gandum
1 camca teh baking powder
3 camca besar susu pekat
3 camca Susu Tepung
5 biji telur gred A
100 g gula pasir-Kurangkan jika tak nak manis 
2 camca besar ovallate (cake stabilizer)
1 camca teh tartar cream
20 g air
1 camca teh esen vanilla
Pewarna ikut suka hangpa lah...

Cara Cara:

1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat/petak , alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega dan telor satu persatu hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan.
3.Masukkan gula pasir dan ovallate,susu,tartar cream putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata dan mulakan  gunakan kelajuan tinggi...
4. Perlahan kan speed, putar sebati. Masukkan esen vanilla, dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada beberapa  bahagian sama banyak, dan warnakan ikut kesukaan anda
5. Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap
6.Bakar sehingga masak

Tips:Kalo dah membakar, jangan buka tutup oven selama 30minit pertama kalo nk kek anda cantek molek...