Sapa Nak Follow...jom..

Showing posts with label Kongsi Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Ilmu. Show all posts

Tuesday, 13 December 2011

Ombak Rindu dah mencecah kutipan RM9 juta...Tahniah!

Tahniah untuk sebuah filem Melayu romantik .Membariskan pelakon2 yg fresh masa kini, Aaron Aziz (Haris), Lisa Surihani  & Maya Karin, telah mencipta satu fenomena baru dalam industri perfileman kita...
Den pun dah mendapatkan naskah terkini..yg dulu MIA

Setiap hari ade aje org bercerita perihal cerita ini.Den sendiri dah berpeluang menapak ke Space U8 MBO dengan anak dara den di hari ke 3 tayangannya..nyata, mmg full house lah....mmg leh menjejeskan ayaq mata lah bila tengok heronya menjejes..ecececcee..(cakap le kalo dh mmg suka kat Aaron, dia belakon jadik Abg Long pun den nampak dia machooooo)..hahaha..angau tak sudah!

Di spot pada twitter Buddiey:

Sehingga semalam (12.12.11), sudah pun mencecah kutipan RM9 juta.wah!!!!
So, bg yang belum tengok, jom2 lah memeriah panggung..den ni kalo ada peluang, rasanya mcm nak tengok lagik sekali..hahahha...ajerrrrr lahh




Wednesday, 23 November 2011

Petua Agar Anak Mendengar Cakap Ibu Bapa...

Anak adalah anugerah Ilahi yang tiada galang gantinya......bak kata seorang teman, hilang suami/isteri boleh di cari ganti,hilang ibu/anak,hilang didunia dan akhirat....Membentuk anak naka agar mendengar cakap ibu bapa agar menjadi anak yang taat, adalah impian semua yang bergelar ibu dan bapa.....tertarik dengan satu artikat dari Healty Living mengenai amalan amalan mudah yang boleh membatu anak anak kita...jom kita kongsi...mudah mudahan dapat juga aku praktikkan untuk permata hatiku Adam Miqail & Balqis

1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Permata hatiku.........

Jom Sama sama amalkan..........Semoga anak anak kita menjadi anak yang Soleh & Solehah, seimbang Dunia dan Akhirat..amin

Friday, 18 November 2011

Uji Tahap Ke Stressan Anda..Amacam?Pusing Pusing tak?..

Gambar gambar ni statik aje sbenarnya....tapi kalo anda nampak ia bergerak laju mcm tahao Gaban Berapi tuh, tahap ketensionan anda tuh di tahap kritikal tuh...try kontrol tgk, berpusingor bergerak lagi ke tak?......
Amacam......

Den nampak bergelombang...aiyokkkkkk

Gerak tak yang nie?.......
Kawal stress anda, begitu juga saya........

Thursday, 17 November 2011

Power of Mum........Hebatnya seorang Ibu


Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

Hebatnya kuasa seorang ibu......Siapa yang melaluinya sahaja yang mampu memahami kesakitan yang di tanggung.....

Tak tertanggung rasa sakitnya, tetapi setelah menatap mata jernih anak yang di kandung, semuanya hilang....
Sayangilah ibumu.......Peringatan untuk diriku juga....

Ya Allah, perliharakanlah orang yang memberiku nyawa ini, ampunilah dosa2 nya,sejahterakan lah hidupnya....amin

Saturday, 24 September 2011

Open House dan Adabnya....kadang kadang ramai yang pandang remeh

Alhamdulillah,harini berjaya jua memenuhi jemputan kawan2 kerumah terbuka.Terima kasih atas jemputan.....Seawal 12tghr,dah bersiap2 bergerak dari rumah menuju ke rumah pertama di Bangi...mujurlan ada sang driver yang sudi membawa kami anak beranak semua...selesai rumah pertama, menuju kerumah ke-2,di Puncak Jalil, dan seterusnya ke Klang, Shah Alam dan lastnya Subang...


Indahnya perayaan Syawal, semua berebut2 menjamu kawan2 dan sanak saudara...time ni lah boleh berjumpe beramai2...kalo time tak Raya,masing2 sibuk mengejear kerjaya....Ramai yang alpa, ada adabnya menghadiri rumah terbuka ini..jom kita kongsikan...:


Adab Kunjungi Rumah Terbuka
1. Jaga niat dan tujuan


Setiap perkara yang kita lakukan pastinya akan adanya niat bukan? Kenapa kita ingin pergi ke rumah terbuka? Adakah kita mahu mengeratkan hubungan sillaturrahim, saling bermaaf-maafan atau pun sekadar ingin memperagakan atau menunjuk-nunjuk baju raya kita yang paling cantik dan mahal? jawapan itu ada pada anda! tepuk dada tanya iman.


2. Jaga aurat


Bagi yang lelaki tidaklah ada masalah dari segi aurat, tetapi bagi yang perempuan seharusnya memakai pakaian yang menutup aurat dimana tidak menjolok mata para- para tetamu yang lain.


3. Jaga masa


Masa amat penting dimana kita harus tahu waktu majlis Rumah Terbuka tersebut diadakan. Jangan pula bila tuan rumah sudah siap mengemas semuanya barulah anda semua sampai. Menyusahkan tuan rumah pula untuk melayan anda. (Kalau setakat lewat 30 minit tuh tuan rumah boleh terima lagi lah. hehehe)
4. Jaga solat
Jangan sibuk kita ke sana ke mari menghadiri majlis Rumah Terbuka sehingga kita lupa untuk tunaikan solat. Dah pakai baju cantik-cantik, mekap tebal-tebal, sehingga nak ambik wuduk pun tak mahu sebab sayangkan make-upnya. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara. Bagi tuan rumah pula, bila dok sibuk melayan tetamu yang hadir jgn pula tinggalkan solat. Jgn pula sibuk mencari pahala berumah terbuka tetapi dosa pulak yang kita dapat. Ingat tu...
5. Jaga akhlak & tatasusila
Akhlak & tatasusila haruslah dijaga semasa berada di majlis Rumah terbuka. Sebagai contoh:
  • Memberi salam & bersalaman - Memberi salam dengan baik dan jelas. Bagi yang bukan mahram dilarang sama sekali untuk kita bersalam.
  • Meminta izin untuk masuk - mintalah izin dengan penuh hormat
  • Memendekkan tempoh ziarah - janganlah pula kita duduk dalam majlis tersebut berjam-jam.
  • Mengawal pandangan dan merendahkan suara - kita haruslah menjaga pandangan semasa di rumahnya. Janganlah pula kita melilau-lilau memandang ikut sukahati sahaja (meneroka rumah tuan rumah sehingga ke bilik). Merendahkan suara juga perlu, ingat.. tetamu yang ada dalam majlis tersebut takkan mahu dengar suara anda seorang je bukan? jadi pandai-pandailah anda kontrol suara agar tidak menganggu ketenteraman tetamu yang lain.
  • Meminta izin untuk balik - jangan lupa meminta izin untuk balik dari tuan rumah, jgnlah anda terus pergi begitu sahaja, memberi salam dan bersalaman dgn tuan rumah terlebih dahulu dan tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang disediakan.


6. Jaga adab makan


Adab makan perlu dijaga semasa menghadiri rumah terbuka. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja. Jangan mudah membazir walau anda tahu banyak lagi makanan yang disediakan. Membazir amalan syaitan.
7. Jaga mulut


Lepas dari rumah terbuka janganlah pula kita dok membanding-bandingkan pula. Rumah nih BEST, Rumah yang tu hidangannya sikit dan tak sedap plak! Macam-macam kita komplen lagi , langsir tuan rumah tak cantiklah, rumah kecil lah, dan sebagainya. Namun sebagai tetamu haruslah kita bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan.


Itulah serba sedikit tips atau panduan yang saya mahu kongsikan bersama pembaca sebelum kita menghadiri majlis ke Rumah Terbuka agar kita menjaga adab-adab dengan sebaik mungkin. Jadikan kunjungan kita ke rumah terbuka sebagai satu jambatan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita selain mencari pahala dan keberkatan padanya di hari yang penuh mulia ini. InsyaALLAH.


Wallahuallam....