Sapa Nak Follow...jom..

Friday, 30 September 2011

PIzza San Francisco- Farewell for KC Chang

We having a farewell lunch today for our college , KC Chang which decided to leave after 4 years ++ service in Agility..
Our CFO also joint....masa ni seronok, bcoz looks like we a very happy n enjoying the moment
Our boss also tak macam in office....always talk talk n talk...hehehe..den macam biasa lah, seat sebelah menyebelah each other...kalo tak, mau mati semua kutu kutu ...hahahah
Harini den order Beef Lasagna, drink is Kedondong...layan gambar den...:P

Posing dulu seblom ngappp....
Lasagna dia mmg best....full of sauce...but air kedondong dia sangat pahit...gilerr...seb bek lasgna tu rs masam2, so mmg ngam lah tuh....Price den tak tahu, sbb our boss belanja....:P:P:P

Finance staff...
AR department now ada 2 orang aje, hope dorang leh catch up lah ngan keje yag berbakul2 ituw....
This is the person will hping to leave us..
KC & his girl......Shira & Connie
 That's the report for today...tak boleh bebel panjang2 ..ujung bulan...banyak benda yg nk di settle...daaaa

Wednesday, 28 September 2011

30 Syawal 1432.....All in red.....

Indahnya Syawal di raikan di merata rata tempat...Today, our turn plak kat Agility celebrate raya....
Syiokk...sbb ala2 pot luck...masing2 masak masakan yg dorang nak...den masak kuah lodeh yor...tp sayangnya, tak sompek nk snap....
Korang layan ajelah gambo2 ni....cakap banyak pun tak guno.....tp,kami je yg galak berposing, gambo makanannya tak dok...hahahah...apa pun tak boleh...
Finance mummy...all in red

Ini lah dia geng2 yg tak hirau makan, pantang nmpk camera..posing ajeee

Ini nk bergambo tanpa den mana bolehhhhhh.......cpt2 den enterprem...haha

Baru Vogue.........

Haha.den suke yg kek tongah tuh.....

Us from Finance.......
3 of us....ini lah teman luch den hari hari...

Nak jugakkkk dia enterprem......

Smart lah lu mat.......
Apa2 hal pun, mmg enjoy....enjoy the food & anjoy the photo session...hahaha
Adakan kita bersama lagi tahun depan??...sukar di jawab...

Sunday, 25 September 2011

Resepi Kek Marble Cokelat

As salam....resepi ni den wat masa time pose...testing untuk wat raya....den share ngan korunk yo...
tadaaaaa..air tangan orang yg pertama kali mem-baked dgn jayanya..bangga siottt

Bahan Bahan

250 g mentega (guna high quality butter)
250 g tepung gandum
1 camca teh baking powder
3 camca besar susu pekat
5 biji telur gred A
100 g gula pasir-Kurangkan jika tak nak manis 
2 camca besar ovallate (cake stabilizer)
1 camca teh tartar cream
3 camca susu pekat manis
20 g air
1 camca teh esen vanilla
4 camca besor serbuk choc bancuh ngan sikit air suam

Cara Cara:

1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat/petak , alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega dan telor satu persatu hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan.
3.Masukkan gula pasir dan ovallate,susu,tartar cream putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata dan mulakan  gunakan kelajuan tinggi...
4. Perlahan kan speed, putar sebati. Masukkan esen vanilla, dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lagi campur dengan coklat , kacau rata.
5. Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap, macam ni:

6. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kuning keemasan, check dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.
tak sempat sejuk...dah d potong...excited

Selamat Mencuba.....

Saturday, 24 September 2011

Open House dan Adabnya....kadang kadang ramai yang pandang remeh

Alhamdulillah,harini berjaya jua memenuhi jemputan kawan2 kerumah terbuka.Terima kasih atas jemputan.....Seawal 12tghr,dah bersiap2 bergerak dari rumah menuju ke rumah pertama di Bangi...mujurlan ada sang driver yang sudi membawa kami anak beranak semua...selesai rumah pertama, menuju kerumah ke-2,di Puncak Jalil, dan seterusnya ke Klang, Shah Alam dan lastnya Subang...


Indahnya perayaan Syawal, semua berebut2 menjamu kawan2 dan sanak saudara...time ni lah boleh berjumpe beramai2...kalo time tak Raya,masing2 sibuk mengejear kerjaya....Ramai yang alpa, ada adabnya menghadiri rumah terbuka ini..jom kita kongsikan...:


Adab Kunjungi Rumah Terbuka
1. Jaga niat dan tujuan


Setiap perkara yang kita lakukan pastinya akan adanya niat bukan? Kenapa kita ingin pergi ke rumah terbuka? Adakah kita mahu mengeratkan hubungan sillaturrahim, saling bermaaf-maafan atau pun sekadar ingin memperagakan atau menunjuk-nunjuk baju raya kita yang paling cantik dan mahal? jawapan itu ada pada anda! tepuk dada tanya iman.


2. Jaga aurat


Bagi yang lelaki tidaklah ada masalah dari segi aurat, tetapi bagi yang perempuan seharusnya memakai pakaian yang menutup aurat dimana tidak menjolok mata para- para tetamu yang lain.


3. Jaga masa


Masa amat penting dimana kita harus tahu waktu majlis Rumah Terbuka tersebut diadakan. Jangan pula bila tuan rumah sudah siap mengemas semuanya barulah anda semua sampai. Menyusahkan tuan rumah pula untuk melayan anda. (Kalau setakat lewat 30 minit tuh tuan rumah boleh terima lagi lah. hehehe)
4. Jaga solat
Jangan sibuk kita ke sana ke mari menghadiri majlis Rumah Terbuka sehingga kita lupa untuk tunaikan solat. Dah pakai baju cantik-cantik, mekap tebal-tebal, sehingga nak ambik wuduk pun tak mahu sebab sayangkan make-upnya. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara. Bagi tuan rumah pula, bila dok sibuk melayan tetamu yang hadir jgn pula tinggalkan solat. Jgn pula sibuk mencari pahala berumah terbuka tetapi dosa pulak yang kita dapat. Ingat tu...
5. Jaga akhlak & tatasusila
Akhlak & tatasusila haruslah dijaga semasa berada di majlis Rumah terbuka. Sebagai contoh:
  • Memberi salam & bersalaman - Memberi salam dengan baik dan jelas. Bagi yang bukan mahram dilarang sama sekali untuk kita bersalam.
  • Meminta izin untuk masuk - mintalah izin dengan penuh hormat
  • Memendekkan tempoh ziarah - janganlah pula kita duduk dalam majlis tersebut berjam-jam.
  • Mengawal pandangan dan merendahkan suara - kita haruslah menjaga pandangan semasa di rumahnya. Janganlah pula kita melilau-lilau memandang ikut sukahati sahaja (meneroka rumah tuan rumah sehingga ke bilik). Merendahkan suara juga perlu, ingat.. tetamu yang ada dalam majlis tersebut takkan mahu dengar suara anda seorang je bukan? jadi pandai-pandailah anda kontrol suara agar tidak menganggu ketenteraman tetamu yang lain.
  • Meminta izin untuk balik - jangan lupa meminta izin untuk balik dari tuan rumah, jgnlah anda terus pergi begitu sahaja, memberi salam dan bersalaman dgn tuan rumah terlebih dahulu dan tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang disediakan.


6. Jaga adab makan


Adab makan perlu dijaga semasa menghadiri rumah terbuka. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja. Jangan mudah membazir walau anda tahu banyak lagi makanan yang disediakan. Membazir amalan syaitan.
7. Jaga mulut


Lepas dari rumah terbuka janganlah pula kita dok membanding-bandingkan pula. Rumah nih BEST, Rumah yang tu hidangannya sikit dan tak sedap plak! Macam-macam kita komplen lagi , langsir tuan rumah tak cantiklah, rumah kecil lah, dan sebagainya. Namun sebagai tetamu haruslah kita bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan.


Itulah serba sedikit tips atau panduan yang saya mahu kongsikan bersama pembaca sebelum kita menghadiri majlis ke Rumah Terbuka agar kita menjaga adab-adab dengan sebaik mungkin. Jadikan kunjungan kita ke rumah terbuka sebagai satu jambatan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita selain mencari pahala dan keberkatan padanya di hari yang penuh mulia ini. InsyaALLAH.


Wallahuallam....

Friday, 23 September 2011

KFC vs Ais Krim Malaysia

Harini anak2 request nak makan KFC,siap suh belikan toys sekali..budak2 skrg kan...kalo dah nama KFC,kalo utk makan 3 4 org,kalo takde duit RM40.00,toksah le berani2 nk jenguk...mmg x dapat nyer derrr
Yang ini pundah kosnya RM49.95 dah nie..amik yang MINI BUCKET

Tingat zaman kecik2 dulu,time arwah ayah balik keje,jgn berangan le nk dpt KFC..time tu,dapat ais krim malaysia tu,dh rasa gembira yg amat dah...time tu,mana ada KFC lg kat Terengganu,kalo ada pun,nung jauh d bandar...mana ada trnspt nak g beli...

Tapi,time tu,walopon dpt ais krim je,dh tersenyum lebor,sbbnya...buah tangan dr ayah balik keje...suke macam dpt KFC..skrg bdk2 ni,x di pandangnya ais krim tuh...
Rindukan semua itu...tapi lebih rindu lagi pada arwah ayahku...tiada galang gantinya kasihmu AYAH..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lets Enjoy Kiwi Berry Frozen Yogurt

Lunch time tadi den berkesempatan meng-ularkan diri den ke Giant Seksyen 13 Shah Alam dengan geng2 sekufu den.......Biasalah, hari Jumaat, sure panjang aje langkahnya, walopon waktu lunch kami pendek ajer....masuk lambat tu, standart lah tu..keh3..ampun bos!
Lepas perkena Laksa Udang kat Restoren Laska Cheng, terpandang kat depan tu kiosk kecil molek ala-ala
Tutti Fruti- Frozen Yogurt yang kini makin ramai peminatnya.......
Diberi nama KIWI BERRY FROZEN YOGURT

Den memang teruja nengoknya....ketinggal kan rakan sekufu den berborak kat Laksa Cheng tuh, den pegi jenguk....hurmmm....menarikkkk
It's cheaper than TF..oh yeahhhh.....it's only cost you RM0.49/g, compared to TF-RM0.53/g..
It's a healthy desert....have variety of flavors & more than 20 toppings which form fresh fruits & choc also...
Sadly, sebabkan teruja, tak sompek nk amik gambo... habis di belasah dalam 2 kelip mata...naseb bek google, jumpe kat sini:http://twentyofmay.blogspot.com/ -Tq....Apa yang den amik, lebey kurang macam ni ler.....

It's yummmyyyyyy.......

It's cost me.....
RM 11.25
Den udah torai, anda bila lagi....seblom ayo lio meleleh....copek p Giant Sek 13 n torai Kiwi Berry...

Thursday, 22 September 2011

Dah mula menggatal balik nak cantek2....now with Naturactor Face Cream Foundation

Haaaa...dah agak lama meninggalkan alam2 makeup n berperasaan nak cantek bila g opis....dulu ye lah, lps dpt anak ke-2, masa waktu pagi tuh, terasa suntuk yang amat...kadang2 tu, pakai lipstik lam keter aje...

Sehinggalah di kejutkan (kejutkan ok....sbb dh lama lena bab2 make up nie...) oleh sahabat baik Nida Shuib pasal benda alah yang menguji keimanan ini........

Sbb tengok muka dia flawless aje, sedangkan muka den berminyak Ya Rabbi......Leh goreng ayam,...hahaha
Risik punya risik, dia bagi link ni: http://www.facebook.com/chadiyusweet
Tak pikir panjang, terus order ...RM 40.00 aje  termasuk postage......den amik yg bernombor 140...yg mana ini sesuai utk kulit ala2 putih macam anak Cina.....

Cam ni haa....pilih aje mana yg berkonan di hati.....agak2 yg sesuai ngan kulit lahhh...

Meh den bagi info sikit sebanyak pasal menda alah nie....

NATURACTOR COVER FACE CREAM(FOUNDATION) & LOOSE POWDER..
ANDA IMPIKAN MAKEUP YANG TAHAN LAMA? TIDAK BERMINYAK? RINGAN DAN WAJAH YANG BERSERI-SERI?
INILAH PRODUK YANG PALING TEPAT. NATURACTOR COVER CREAM MERUPAKAN FOUNDATION YANG DAPAT MENUTUP SEMUA CELA-CELA DIWAJAH, SELAIN ITU JUGA IA DIPERBUAT DARIPADA BAHAN BERASASKAN TUMBUH-TUMBUHAN ORGANIK DAN TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN KULIT..

KELEBIHAN NATURACTOR COVER CREAM

>>Anti kilauan / tidak berminyak.
>>100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat, dan noda hitam
>>Ringan dan lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakainya
>>Melindungi kulit dari sinar uv yang menyebabkan pigmentasi
>>Senang digunakan dan tidak melekit
>>Bertahan hingga 12 jam, berbanding bedak biasa hanya 1 jam.
>>Tidak menutup pori-pori
>>Sering digunapakai oleh makeup artis professional
Den pakai foundation ni no 140 dengan Mineral  Loose Powder Rona Sutra.......thennnnn.....inilah hasilnya.
Dah pakai Naturactor....


Seblom pakai Naturactor....
Now den lebih yakin melangkah (cewwaaah...yo yo orr..mcm lah artis..haha)...
Kalo berminat, click aje link kat atas tuh...order kat sana yer.....mcm2 ada situ, nak belajo make up pun ado....yang penting, minat dah kemahuan...that's it......
Now den tangah galak mengumpul warna warna Eye Shadow, Lipstiks lak....
Persoalannya...sompek ke den nak conteng muko subuh2 hadam tuhhhhh........tetttttt