Hasil tangan yang mmg keras ...ekeke
Bahan Bahan Untuk Pandan Chiffon
Bahan A
- 6 bj kuning telur
-2/3 cawan minyak Mazola (saya Guna Daisy aje)
-2/3 cawan santan pekat
-Sedikit garam
-Pewarna hijau & perasa Pandan
-1 cawan gula kastor (kurangkan kalo tak nak manis)
-2 cawan tepung yg di ayak bersama 2 sudu tek baking powder
Bahan B
-6 biji putih telur
-2/3 cawan gula kastor (kurangkan kalau tak nak manis)
-1 penutup tar tar cream
Cara Cara:
-Bahan A:-Masukkan kuning telur,garam dan gula.Kacau sehingga sebati.Tak perlu kembang
-Masukkan Pewarna Hijau & perasa pandan,minyak,santan dan kacau
-Masukkan tepung,sebatikan dan ketepikan
Bahan A..
-Bahan B:-Pukul putih telur sehingga menjadi buih sabun
-Kemudian masukkan gula
-Pukul lagi hingga kembang dan masukkan cream tar tar
-Pukul lagi sehingga jika di terbalikkan adunan tak jatuh
Bahan B
Last sekali masukkan bahan A dan sebatikan seketika dan bakar dengan suhu 175 dlm masa 45-50 minit
Hasilnya.....
Hasilnya setelah siap...oklah kan...
Butter Cream Ising (boleh hias sebiji kek 1kg)
Bahan Bahan:
-250g butter
-150g shortening
-250g ising sugar
-2 sudu susu segar
-Pewarna mengikut kesukaan anda
Cara Cara:
-Pukul kesemua bahan sehingga berubah warna menjadu putih dan gebu
-Bahagikan mengikut kesukaan anda (mengikut warna yg anda nak) dan sebatikan....
-Masukkan dalam piping beg dan mulakan proses mendeco cake setelah cake sejuk...
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment