Sapa Nak Follow...jom..

Saturday, 31 December 2011

Resepi Sweet Potato Bun

Alhamdulillah, agak lama memendam rasa nk buat roti sendiri..hihihi..akhirnya, tekad membeli barang2 nak wat roti kat Bagus Bakeri Sek 13...then, ini lah hasilnya..
 Memang best..gebu gebass....makan panas2
Bahan Bahan Doh
-300 grm tepung roti
-80 grm kentang yg telah di rebus,di lenyek kemudian di tambang (anggaran 1 biji setengah kentang besar)
-100 ml  susu segar
-3 sudu besar susu tepung
-2 sudu bread Imporver
-3 sudu besar gula halus
-2 sudu besar marjerin
-2 sudu kecil Yis Mauripan
-1 biji telur ( dipukul sedikit)

Bahan Bahan Sos Kastard
-1/2 cawan susu segar
-2 sudu besar tepung kastard
-1 sudu besar gula
Cara Cara:
- Campurkan semua bahan sos kastard dan masakkan di atas api perlahan sehingga pekat
- Kacau sentiasa supaya tidak berketul
-Sejukkan dan masukkan di dalam piping bag..ketepikan
-Kentang yang di lenyek di sebatikan dengan susu segar,kacau hingga sebati
-Didalam bekas lain, masukkan tepung roti, yis,marjerin,gula,bread improver
-Gaulkan sehingga rata, buatkan lubang di tengah dan masukkan telur dan campuran kentang bersama susu tadi
-Uli sehingga menjadi doh  dan elastik( jangan risau , kalo ikut resepi ni, mmg doh nya akan lembik, kalo khuatir, masukkan tepung lagi sedikit)
- Tutup doh dengan cling plastic dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda (letakkan di tempat bersuhu panas) (**)
-Bila doh dah naik 2 kali ganda, tumbukkan doh untuk keluarkan angin
-Lumur tangan dengan marjerin untuk elakkan dr doh melekat di tangan
-Uli lagi  dalm 5 minit, dan bentukkan doh kepada bebola kecil dan aturkan di dalam loyang yg telah di gliskan dengan marjerin
- Tempatkan sedikit jarak dalam loyang kerana doh akan naik lagi
- Tutupkan dengan cling plastic dan rehatkan doh sehingga naik sekali lagi (**)
-Panaskan oven pada suhu 180c ( ikut oven memasing lah yer)
-Potong sedikit piping bag sos kastard tadi, dan paipkan sos di atas permukaan roti mengikut citarasa anda, sial rujuk gambar di bawah ....
Setelah di rehatkan untuk kali ke 2, dan setelah di letakkan sos kastard
- Bakar roti selama 30 minit atau sehingga permukaan roti keperangan.
- Glis permukaan roti dengan merjerin sebaik di keluarkan dari oven
-Sedia di makan.

Tips:(**)
- Saya dapat tips dari rancangan Masterchef, kalo malas nak tunggu doh naik 2 kali ganda,panaskan ketuhar,off kan suiz oven, then masukkan doh..sekejap jerk doh akan naik, sbbnya,nak buat roti yang baik, ianya perlu di tempat yang bersuhu panas....

Sunday, 25 December 2011

Persiapan Ke Tahun 1...pengalaman pertama

Alhamdulillah, Allah S.W.T masih lagi memanjang umo dan memberi kesempatan untuk menjalankan tanggungjawab.
Setiap ibu apa i'm guarantee, semua nak klan yg terbaik for their children kan?
Tak sebagaimana zaman kita dahalu ( den strat bersekolah tahun 1, tahun 1986)...time tuh mak ayah orang susah...semuanya serba 1 sahaja....tapi masukkan gak Universiti..ihhihihi
Kutebus kembali untuk anak tersayang, kusediakan mengikut kemampuannku...
Saat2 akhir, minggu terakhir di bulan December, den hangkut semua anak anak, membeli persiapan sekolah kat Kamdar KL...orang ramai tak hengat, biasalah, rakyat Mesia, suke last minute, tak ketingglan den ni..ngeeee
Meriah kan........
Sekadar mengambil tahu juga citarasa anak di matchkan juga ngan kemampuan kami, itulah hasilnya
Memandangkan kakak akan bersekolah 2 seisi ,bajunya perlulah lebih sket...8 pasang mama sediakan..ngeeeeee
Ikutkan dia, semua nk kaler pink, tapi den punya mata dah leh nk bukak dah kalo semua benda asik nak pinkkkk ajerrr.......Hope, semuanya dah lengkap..kecuali buku buku yg akan di beli kat koop sekolah nnt
Next week, Insyaallah, kakak akan start bersekolah, hope dia dapat mengharungi dengan tabah dan senang nak bangun pagi sebahagaimana 2 tahun berskolah d kindy .......

Mama n Abah dah sediakan apa yang sepatutnya untuk akak
Harap kakak bersemangat nak blajar, semoga menjadi murid yang baik, dengar kata dan rajin
Amin

Monday, 19 December 2011

Resepi Puding Roti Bersos Kastard

Terlebih rajin petang ni...inilah hasilnya

Puding Roti Bersos Kastard
Bahan A
-7 Keping Roti Gardenia
-1 tin susu sejat Carnation

Bahan B
-4 sudu gula halus
-2 sudu mentega di cairkan atas api
-2 biji telur
-1 sudu tepung jagung
-1 sudu teh esen vanila
-Kismis hitam

Bahan C untuk kuah Kastard
-1/2 tin susu sejat
-2 sudu tepung kastard
-2 sudu gula halus

Cara Cara:
-Panas kan oven pada suhu 180 darjah utk d bakar selama 30 minit
-Carik2kan roti dan rendam di dalam susu selama 30 minit
-Gaulkan semua bahan B sehingga sebati
-Tuangkan Bahan A kedalam Bahan B dan kacau sehingga rata
-Masukkan dalam loyang dan bakar
-Setelah siap, bolehlah d sejukkan (nk cpt masuk je lam peti es..:P)
-Sebatikan Bahan C dan panaskan seketika di atas api sehingga pekat
-Bolehlan tuang di atas puding bila nak makan


Selamat mencuba...sempoi ajerrr

Tuesday, 13 December 2011

Ombak Rindu dah mencecah kutipan RM9 juta...Tahniah!

Tahniah untuk sebuah filem Melayu romantik .Membariskan pelakon2 yg fresh masa kini, Aaron Aziz (Haris), Lisa Surihani  & Maya Karin, telah mencipta satu fenomena baru dalam industri perfileman kita...
Den pun dah mendapatkan naskah terkini..yg dulu MIA

Setiap hari ade aje org bercerita perihal cerita ini.Den sendiri dah berpeluang menapak ke Space U8 MBO dengan anak dara den di hari ke 3 tayangannya..nyata, mmg full house lah....mmg leh menjejeskan ayaq mata lah bila tengok heronya menjejes..ecececcee..(cakap le kalo dh mmg suka kat Aaron, dia belakon jadik Abg Long pun den nampak dia machooooo)..hahaha..angau tak sudah!

Di spot pada twitter Buddiey:

Sehingga semalam (12.12.11), sudah pun mencecah kutipan RM9 juta.wah!!!!
So, bg yang belum tengok, jom2 lah memeriah panggung..den ni kalo ada peluang, rasanya mcm nak tengok lagik sekali..hahahha...ajerrrrr lahh




Wednesday, 7 December 2011

Hardware Cafe Space U8

Kali ini ke tempat baru di buka, iaitu hanya di sebelah opis den..waliking distance ajer.....kebetulan pulak nak belanja makan our opis mate.......jom try tgk...
Located at 3rd Floor,Space U8
Variety of choice, more to Western Food...food not so spicy,sesuai utk kanak kanak...sebelah cafe ini ada Hardware shop...bersambung di dalam premis cafe ini...that's the kelainan cafe ini.....
Just opening last week 1st Dec, now they offered 25% discount on all food & beverages 

25% Discount ....
Biasalah kan. just started the business here, some more, new completed place lak tuh, so service dia agak lambat....but the food is nice..so terubat lah rasa nk marah tuh...heheheh..seb bek den n the gang dapat free cup cake ni sbb kelambatan service...thanks ya...sedap

Kalo tak silap price dia From RM2.50 ....nice
Jom intai food dia lak....


Fried Noodle Bihun.RM 8.80...my fren say best...big portion
Hardware Cheese Chicken RM 14.50...sedap..mengeyangkan...ini den punya order

BBQ Chicken..RM14.50...my fren say niceeee...specially gravy BBQ dia
Cost for 6 pax dine in is..........

RM68.65 after discount 25%...:)
So, come n try.......place located at the kawasan perindustrian Bulit Jelutong, near to the TUDM Subang......