Sapa Nak Follow...jom..

Saturday 31 December 2011

Resepi Sweet Potato Bun

Alhamdulillah, agak lama memendam rasa nk buat roti sendiri..hihihi..akhirnya, tekad membeli barang2 nak wat roti kat Bagus Bakeri Sek 13...then, ini lah hasilnya..
 Memang best..gebu gebass....makan panas2
Bahan Bahan Doh
-300 grm tepung roti
-80 grm kentang yg telah di rebus,di lenyek kemudian di tambang (anggaran 1 biji setengah kentang besar)
-100 ml  susu segar
-3 sudu besar susu tepung
-2 sudu bread Imporver
-3 sudu besar gula halus
-2 sudu besar marjerin
-2 sudu kecil Yis Mauripan
-1 biji telur ( dipukul sedikit)

Bahan Bahan Sos Kastard
-1/2 cawan susu segar
-2 sudu besar tepung kastard
-1 sudu besar gula
Cara Cara:
- Campurkan semua bahan sos kastard dan masakkan di atas api perlahan sehingga pekat
- Kacau sentiasa supaya tidak berketul
-Sejukkan dan masukkan di dalam piping bag..ketepikan
-Kentang yang di lenyek di sebatikan dengan susu segar,kacau hingga sebati
-Didalam bekas lain, masukkan tepung roti, yis,marjerin,gula,bread improver
-Gaulkan sehingga rata, buatkan lubang di tengah dan masukkan telur dan campuran kentang bersama susu tadi
-Uli sehingga menjadi doh  dan elastik( jangan risau , kalo ikut resepi ni, mmg doh nya akan lembik, kalo khuatir, masukkan tepung lagi sedikit)
- Tutup doh dengan cling plastic dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda (letakkan di tempat bersuhu panas) (**)
-Bila doh dah naik 2 kali ganda, tumbukkan doh untuk keluarkan angin
-Lumur tangan dengan marjerin untuk elakkan dr doh melekat di tangan
-Uli lagi  dalm 5 minit, dan bentukkan doh kepada bebola kecil dan aturkan di dalam loyang yg telah di gliskan dengan marjerin
- Tempatkan sedikit jarak dalam loyang kerana doh akan naik lagi
- Tutupkan dengan cling plastic dan rehatkan doh sehingga naik sekali lagi (**)
-Panaskan oven pada suhu 180c ( ikut oven memasing lah yer)
-Potong sedikit piping bag sos kastard tadi, dan paipkan sos di atas permukaan roti mengikut citarasa anda, sial rujuk gambar di bawah ....
Setelah di rehatkan untuk kali ke 2, dan setelah di letakkan sos kastard
- Bakar roti selama 30 minit atau sehingga permukaan roti keperangan.
- Glis permukaan roti dengan merjerin sebaik di keluarkan dari oven
-Sedia di makan.

Tips:(**)
- Saya dapat tips dari rancangan Masterchef, kalo malas nak tunggu doh naik 2 kali ganda,panaskan ketuhar,off kan suiz oven, then masukkan doh..sekejap jerk doh akan naik, sbbnya,nak buat roti yang baik, ianya perlu di tempat yang bersuhu panas....

No comments:

Post a Comment