Sapa Nak Follow...jom..

Sunday 8 January 2012

Resepi Cream Puff

Dah lama membuatnya, tp baru harini berkesempatan nk upload resepi....menjadi dengan sedapnya...sekejap jerk ngap abih...
Ok lah kan utk first trial....
Bahan Bahan untuk Puff:
-100grm Tepung Gandum
-120 ml air
-45grm Butter (di biarkan pada suhu bilik)
-2 biji telur (gred B)

Cara Cara:
-Masukkan air dan butter ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih
-Dah mendidih, tutupkan api 
-Masukkan tepung gandung n kacau cepat2 sehingga jadi mcm nie:
-Panaskan semula adunan dengan api perlahan sehingga sebati dan matikan api
-Gunakan hand mixer, mixing sekejap adunan sehingga gebu dalam 5- 7 minit
-Panaskan semula seketika (amik nama panas aje) dan matikan api ..(bnyak kan hidup n mati api..)
-Masukkan telur dan kacau cepat cepat sehingga sebati n nampak pekat  macam nie:
-Dah sebati, masukkan ke dalam piping bag bernozle bintang (ikut suke anda ler, sy guna bintang) dan paipkan ke dulang membakar dlm anggaran duit 50 sen, mcm ni:
-Sementara nk siapkan piping tuh, panaskan ketuhar pada suhu 200C.
-Dah setel piping, bolehkan di bakar pada suhu 200C untuk 20 minit pertama, dan turunkan ke suhu 170C untuk 25 minit berikutnya
-Sejukkan puff ni untuk di masukkan cream custard nya pulak

**kalo nk nmpk cantek, biarkan seketika di dalam oven selepas sebelum di keluarkan ****

Bahan Bahan Cream Custard:
-1 sudu besar tepung kastard
-1 sudu besar tepung jagung
-4 sudu besar gula (x suke manis leh kurangkan)
-1 cawan susu segar
- 1 biji telur 
-1 sudu besar  mentega

Cara Cara:
-Masakkan semua bahan di atas api sederhana kecuali telur
-Sentiasa kacau supaya bahan tak berketul
-Dah agak pekat n berkilat, masukkan telur dan kacau cepat cepat hingga pekat 
-Ini adalah cream yg dah siap:
-Sejukkan dah masukkan nya dia cream puff yg dah di potong bahagian tengahnya
-Sedia di makan


Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment