Sapa Nak Follow...jom..

Sunday, 2 June 2013

Cara dan Petua Perbanyakkan Susu Badan

As salam...
Tengah rajin nk menaip, jangan di tahan jebattt...hahah
Nak kongsi tips bagi membanyakkan susu badan...pengalaman sendiri dan cedukan dr blog2 penyusuan...tp asasnya adalah tetap sama, Demand Supply...

Dulu saya tiada keyakinan dalam peyusuan, selalu cakap susu tak de...no no no..susu adaaaaa....cuma mental tak kuat, selalu jek negatif...dlm menjayakan penyusuan, minda negatif tidak di perlukan, yg di perlukan ada minda yang POSITIF....always positive yang ada mempunyai susu yg mencukupi untuk si manja anda...

Jom, tgk tips2/panduan  lain...

1.Zikir dan Doa

2 . Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
3. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
4. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
5. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
6.Tidak memberi apa2 makanan atau minuman lain kepada bayi sehingga berumur 6 bulan, kerana apabila bayi mula mendapat makanan tambahan, demand bayi kepada susu ibu akan mula berkurangan dan seterusnya mengganggu sesi penyusuan dan sekaligus mengurangkan penghasilan susu ibu
7.Minum air kosong paling kurang 3 liter sehari untuk melancarkan perjalanan SI
8.Positif sentiasa..ini sangat penting...........
9.Ambil supplement /makanan tambahan jika tubuh anda kerap letih,stress sehingga tidak mampu menghasilkan susu yg ada rasa mencukupi.
10.Amalkan surat Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara.Sambil susukan bayi, usap n cium rambut bayi..damai bukan?
11.Buat judual pumping dan pumping secara konsisten .Ini akan membantu dan memberi signal kepada otak yg SI masih ada demand nya walaupun tidak menyusukan secara DF...

Makanan Yang Boleh Perbanyakkan SI

1.Jantung Pisang
2.Daun Kemangi
3.Daun Pegaga
4.Pucuk Manis
5.Kurma (mmg sy jadikan amalan )
6.Lobak Putih  ( Saya juga seminggu sekali buat sup)
7.Air rebusan longan kering
8.Halba ( saya amalkan seminggu sekali )
9.Daun Kucai
10.Tauhu
11.Makanan berasas bijiran -barli,oat,jagung


Apa apa pun....niat ingin menyusu itu yg paling penting...


selamat mencuba...



No comments:

Post a Comment