Sapa Nak Follow...jom..

Sunday, 30 June 2013

Manfaat Ostematrix Shaklee



Teruja nak menulis mengenai Ostematrix ni,sebab saya sendiri menggunakan nya ...Apabila di gabungkan ESP +Alfafa +Ostematrix,hasil susu yang saya dapat amat puas hati.....Jom tengok apa lagi kebaikan Ostematrix ni.


Manfaat Ostematrix pada badan:

# Membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat
# Mengelakkan penyakit Osteoporosis (tulang rapuh)
# Memulihkan kekejangan, kebas-kebas ,sakit tulang belakang & kejang betis (simpul biawak untuk preggy women)
# Meringankan stress-mengelakkan gejala murung & mudah marah 
# Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada pada tahap normal
# Meringankan beban PMS.Dengan kalsium yang cukup,kita tidak mudah senggugut
# Membantu dalam masalah gastrik
# Membantu dalam pengurusan berat badan
# Membantu dalam masalah sembelit teruk


Apa Yang Ada Dalam Oste?


#Kalsium = Setiap caplets mengandungi 250MG Kalsium, kita di galakkan untuk mengambil 1000MG kalsium setiap hari dengan cara yang baik.

#Vitamin D = Kalsium memerlukan gabungan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik.Tanpa Vitamin D, badan tidak mendapat cukup hormon calcitriol iaitu sebagai Vitamin D aktif. Bila hormon tidak mencukupi,badan akan mula mengambil kalsium dari tulang/rangka yang sedia ada, dan ini akan melemahkan tulang kita.

So, sanggup ke anda gadaikan tulang anda tuhhh?!hehehehe...Jom dapatkan Oste, untuk pembentulan tulang dan gigi yang sihattt...caplet nya mudah telan, jangan risauuu....








Keperluan Kalsium Untuk Badan

Kalsium merupakan salah satu mineral terpenting untuk tubuh kita.Mineral ini secara umumnya di perlukan dalam membantu membina tulang dan gigi yang kuat.
Selain dari itu , ia di perlukan untuk membantu pengecutan otot jantung,melegakan pedih ulu hati serta juga membantu mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi
Kalsium sangat membantu untuk mereka yang mengalami masalah PMS yang teruk.

KEPERLUAN KALSIUM MENGIKUT UMUR


Bagi yang tidak menyukai susu, anda boleh mencuba OSTEMATRIX SHAKLEE






Saturday, 29 June 2013

Mealshake Memang Best!

Apakah Mealshake?Mealshake adalah pemakanan lengkap yang mengandungi dari vitamin, mineral dan protein..Bukan sahaja sesuai untuk kanak2 malah untuk orang dewasa juga....Ianya lebih kurang ESP juga...Ibu ibu mengandung juga,ibu menyusu malah mereka yang mahu mengamalkan diet juga  boleh consume Mealshake..


Jom tengok apa yang best pasal Mealshake...

#Nutrisi Lengkap-Mengandungi lebih 20  vitamin dan juga mineral.Juga mengandungi soya lechithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak (bagus untuk mereka yang nk menjaga berat badan)

#Fungsi Pembesaran -Mengandungi Asid Folic, Biotin,kaya dengan kalsium & magnesium yang mana amat mat di perlukan untuk proses pembesaran...(sebab itu kanak2 memang di sarankan mengambil MS)

#Anti Oksida- Mengandungi vitamin A,C,E,Zink & selenium yang mana merupakan agen penting anti penuaan  (Minum MS wajah jadi muda..ahaks)

#Untuk Pemulihan kulit- Mengandungi vitamin B Comp,Iron  & Copper bg membentuk sel darah yang sihat, sekaligus menjadikan kulit halus mulus (bestttttt)

#Sebagai Agen Detox-Kaya dengan serat yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan dari kolon dan perut (memang sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit, baik kanak2 maupun dewasa..lawasss kata org)

Siapa Yang Perlu Mengambil Mealshake?

1. Anak-anak yang picky eaters (susah nak makan atau memilih makan)
2. Dewasa yang tak sempat nak breakfast ( mealshake sangat sesuai sebab ada complete nutrition)
3. Ibu mengandung yang alahan teruk & Ibu menyusu
4. Anak2 kecil yang sering demam dan selsema (bagus untuk menguatkan sistem imun badan)
5. Para atlet
6. Pengamal Sayuran (vegetarian)
7. Kanak-kanak yg mempunyai masalah sembelit.

8. Mempunyai masalah asma

Jom tengok plak antara testimoni MS:


Berminat nak tahu lebih lanjut & nak dapatkan harga special:
Hubungi saya, saya sedia membantu





Friday, 28 June 2013

Jangan Nafikan Hak Bayimu...Dialah Pemilik Susu itu...

Menitis jua air mata di kala membaca quote ini..rasa bersalah pada 2 anak sebelum ini begitu menebal kerana gagal menyusukan mereka dek kerana kecetekan ilmu penyusuan dan perasaan malas..terus setkan dalam hati yang diri TIADA SUSU waktu...ALLAHUAKBAR........
Akan kutebus segalanya untuk anakku yang ke 3 ini, ALHAMDULILLAH, rezeki memihak kepadamu anankku LUTH MIKHAEL...mama akan sesukan kamu selama yang dituntut, izinkan mama menebus rasa bersalah mama pada kakak n abangmu....
SHAKLEE banyak membantu ku dalam menjayakan penyusuan ini...Terima Kasih SHAKLEE....

Anda mahukan yang terbaik untuk si manja anda?....hubungi saya, saya sedia berkongsi cerita penyusuan saya dengan anda...



Testimoni Set Menyusu

Ini adalah sebahagian dari testimoni set penyusuan SHAKLEE ...Jom kita tengok betapa gembiranya mereka..Tidak teringinkah anda menjadi seperti mereka?...



Ini adalah testimoni  dari diri saya sendiri..saya mmg syukur sangat2...Alhamdulillah



Hubungi saya jika anda berminat, special price untuk anda...





Kebaikan Alfafa Shaklee

Alfafa merupakan product pertama Shaklee, oleh itu dia di gelarkan signature product untuk Shaklee.Alfafa merupakan herba traditional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfafa dalam banyak keadaan terutamanya kepada wanita selepas bersallin...menarik bukan?Jom tengok apa yang best pasal Alfafa Shaklee ni.




Antara kebaikan Alfafa Shaklee:

1. Merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kadar kolestrol dalam darah
3. Menghapuskan kolestrol buruk dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Mengawal paras gula dalam darah bg pesakit diebetis
6. Mencegah edema-Pengumpulan air dalam badan (sembab)
7. Mengurang simptom menopous
8. Merawat asthma dan lain lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit
10.Menyahtoksin toksin di dalam tubuh
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Memggalakan penghasilan susu ibu (MILK BOOSTER)
15.Mengurangkan masalah jangkitan pundi kencing
16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17. Meningkatkan kesihatan prostat
18. Bertindak bagai kacip fatimah bagi wanita
19. Menghangatkan hubungan suami isteri
20.Membantu meningkatkan kesihatan kaum lelaki

Alfafa jika di ambil bersama ESP, mampu menjana DOUBLE BOOSTER untuk susu badan.
Saya sendiri adalah pengguna Alfafa dan saya memang merasai perubahan nya selepas 2 minggu consume...Alhamdulillah, semuanya di permudahkan...badan sihat, susu meriah...

Jangan ragu ragu untuk mencuba, special price untuk anda....







Thursday, 27 June 2013

ESP-Energizing Soy Protein

ESP nama di beri....memang sentiasa hangat di pasaran...stoknya memang cepat betol jalannya, tanya lah mana ID pun, memang ini antara yang terlaris..Seunik namanya, begitulah kandungan di dalamnya..Jom kita intai kenapa dia HOT sangat tuh...

Antara kebaikan ESP:

## Sebagai Milk Booster....di kalangan ibu menyusu, memang ESP menjadi pilihan kerana ianya membantu mempercepatkan penghasilan susu dna memekatkan susu...bagi mereka yang tak menyusu pulak, tidak bermakna ambil ESP akan ada susu yer..no no no....salah tuh....ESP ni sesuai untuk semua golongan, tak kira tua muda, lelaki perempuan malah kanak2 berusia 1 tahun ke atas juga boleh mengambilnya...best kan!

##Memberi tenaga ...kita akan kekal cergas n cerdas dalam melakukan kerja2 seharian

##Memberi rasa kenyang yg berpanjangan...haaa, elok benarlah tuh kalo mereka yang ada plan nak diet..bancuh ESP dengan minuman kegemaran anda...memang boleh mebantu anda mengawal berat badan ...InsyaAllah..

##Meningkatkan motabolisme badan...jangan ragu2 mereka yg rasa dirinya ber motabolisme rendah tuh yer...amik ESP, InsyaAllah

##Mencantik kan kulit...siapa yang tak nak berkulit cantik kan?...ESP membnntu membaik pulih struktur asas kulit anda kerana ESP mengandungi protein

##Untuk ibu mengandung, ESP membantu memberi tenaga  so tak lah mudah letih, di samping itu membantu menyediakan tubuh untuk penyusuan selepas bersalin..saya mmg akui, sbb saya sendiri mula mengambil ESP di kala kandungan berusia 7 bulan...

##ESP juga membantu meninggkat kan kesuburan....

##Membantu mempercepatkan baik pulih luka bersalin... kerana, struktur asas kulit adalh protein, so ESP membekalkan protein yg cukup untuk membantu mempercepatkan proses...yer, mmg betul, saya amalkan semasa dalam pantang...

##Bagi mereka yg mengidap gastrik ,amat bagus ambil ESP, kerana ianya membantu mengurangkan gastrik

##ESP membantu menganjalkan payudara anda..best tak?best kan.....

## ESP juga membantu memperbaiki memori..menguatkan ingatan


Hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa...






Ramadhan Bulan Nyahtoksin-Shaklee

Assalamualaikum...
Ramadhan hampir menjelma,bulan penuh Barakah....di samping beramal ibadah,secara tak langsung kita bagi peluang pada badan kita untuk berehat seketika dari jadual makanan...bulan ni lah bulan yang paling best andainya anda ingin mencuba menurunkan berat badan anda....menyahtoksinkan badan yang selama ini sering di sumbat dengan segala makanan kan....
Apa lagi yang di tunggu,gunakabn lah shaklee...pahala dapat,badan langsing n sihat...
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan harga terbaek
Sms/whatsapp/wechat:019-9716473

Wednesday, 26 June 2013

Penyusuan Berjaya Dengan Shaklee

Bismillahhirrahmanirrahim...
Akhirnya setelah menjadi pengguna set pantang dan menyusu Shaklee selama 7 bulan,akhirnya saya mendaftar sebagai ahli setelah YAKIN dengan izin ALLAH SWT,ianya memberi kesan yang baik untuk badan saya,lebih2 lagi bg saya yang mahukan penyusuan eksklusif untuk bayi saya...
Alhamdulillah,semasa pantang saya consume set berpantang dan di teruskan pula dengan set menyusu selepas pantang,badan rasa segar dan susu melimpah.Alhamdulillah syukur...
Dengan pengalaman saya sendiri,saya boleh membantu anda semua untuk menjayakan misi penyusuan anda.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut
Gambar ini adalah testimoni dari saya sendiri..


Saturday, 22 June 2013

Milk Storage Yang Mana PIlihan Anda?

Dah agak lama duk berpikir nk buat entry pasal milk storage nie...ini pun berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa ni.....maybe pendapat saya tak sama macam orang lain...tapi bolehlah kot untuk jadikan panduan....dalam misi penyusuan, lebih lebih lagi kita ni wanita berkerjaya,memang memerlukan kita menyimpan stok..frozen EBM namanya....macam saya yang mula membuat stok seawal hari ke 10 pantang...Banyak pilihan storage yang ada di pasaran sekarang..pilih aje mana yang berkenan, sesuai ngan bajet...bagi saya, saya lebih gemarkan plastic storage ...
Antara medium storage milk Luth
Paling kanan  tuh Brand Autumz-plastic yang agak keras,saya gunakan masa mula mula belajar membuat stok....banyak jugak ler guna, dalam 7,8  box gak ler...1 box dia ada 25bag..saya guna yang 7oz punya, dia ada 2 jenis, 7 oz & 12 oz..memandang masa tuh stok tak meriah mana, saya cuma simpan 4 oz jerk tiap tiap bag...bagi saya, saya tak berapa berkenan ngan yang ini sbb palstiknya keras n boleh menyebabkan kebocoran bila terguris sesama plastik...kerap terjadi kat saya ni..huhuhu..plastiknya double zip lock, so selamat ler dari tertumpah
Ini kotak Autumz

Ke Dua dari kanan tuh Brand Jingle Jungle-Saya suka plastic ni, lembut dan tak sekeras n sepejal Autumz...plastic ni muatan dia 12oz...saya storage kan 6 & 7 oz setiap plastic...mmg saya gunakan sampai ler harini plastik ni...dah abih 10 box rsanya....ini pun double zip lock...if nak cari plastik storage, cari le yang double zip lock ye kenkawan...
Kotak Jingle Jungle

Yang dalam botol kecik tuh storage nya 2oz...Mom Precious dari Moms Little Ones..saya belinya masa dalam pantang just nak try...1 box ada 10 botol termasuk cawan minum...bolehlahh...

Paling saya suka adalah botol macam yang belah kiri tuh-Tetapi,kekangan muatan menjadi halangan..Botol agak   makan space fridge compare tuh plastic storage...saya ada beberapa jenama yg di beli, antaranya Bumble Bee,Jinggle Jungle...tiap botol 5oz...practical sangat bagi baby yang boleh menyusu menggunakan puting normal (bukan wide neck, sbb Luth memilik..haihhh)...so, just panaskan , masukkan puting then terys feed kan baby....

Actually, banyak lagi rangkain Milk Storage kat pasaran,yang gambar kat atas tuh, yang saya guna lah, meh saya review siket2 yer hasil dari berkawan ngan hencik google nieh..
Milk Tray
Ini boleh tahan mahal gak ni rege dia...mmg jimatkan space, cara guna dia sama mcam buat ice kiub...dah beku, keluarkan n masukkan lam tupperware,satu stick tuh 1oz...so, memang boleh elakkan pembaziran lah.1 stick tuh ngam2 leh masuk lam botol 5 oz...boleh juga di gunakan untuk bekukan puree anak2....
Milk tray 0.5 oz
Ini banyak juga kat pasaran, harga pun murah, color full lagik...sama jek pengunaan dia macam yang kat atas tuh...kapasiti dia 0.5oz tiap stick..
Plastic Linner
Sama aje mcm Auntumz & Jingle Jungle tuh, bezanya dia tak de zip lock...kenalah ikat ngan getah..klasik ko...hahah...saya tak kenan , sbb tak jimatkan space, dia jadi gumuk2...uhuu...rege dia murah sket dari yang dua tuh....satu kotak biasanya 100pcs@8oz
Bekas Dadih
Ramai gak yang gunakan kaedah ni.Kalo tak silap, satu bekas ni boleh muat 3oz..tapi boleh recycle paling max 3 kali, lepas tuh kena buang dah..TAPI, jangan le panaskan lam susu guna bekas dadih nie, cairkan dulu, masuk lam botol , baru panaskan yer...kalo tanya saya, saya tak galakkan...
Ais Krim Susu
Gambar dari blog...nampak sedap kan...jimat memang jimat space, tp tak di galakkan.kerana di khuatiri tidak bersih.Tapi kalo dah tak arah, di bolehkan..asalkan jaga kebersihan ye anak anak..hihi...

Okay, ini sedikit sebanyak, apa yang saya tahu & apa yang saya baca di internet..tepuk dada tanya selera, pilih yang terbaik untuk anak anda.....

***Gambar2 di ambil dari Google excpet gambar yang atas sekali adalah hak milik sendiri***

Resepi Biskut Chipsmore Balqis

Merialisasikan permintaan anak dara saya yang sangat2 suke ngan Biskut Chipsmore...kalo beli yang beso tuh, dia sorang jek makan, sekali rap.....so senang kita buat aje lahhh...bahan2 pun tak susah, dan bajet pun kecit jerk...makan sampai lebam...hahaha..resepi asal adalah dari blog masakan, tp saya alter ikut rasa sendiri...

Chipsmore Balqis

Bahan Bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu susu tepung
2 sudu kecik serbuk penaik
2 sudu besar tepung jagung
secubit garam
(semua bahan di atas di ayak dan di satukan)
Dua Adunan

Bahan Bahan Lain:
250 buttercup
2 cawan gula kastor (kurangkan jika perlu)
2 biji telur size sederhana
Esen Vanilla
1/2 cawan coklat chips (pilihan samada nk atruk dalam or nak letak bila dh bentukkan nnt..sy guna half/half)
Badam cincang (saya guna sikit jek sbb stok dh ujung2 ..hahah)

Cara:
-Mixing butter+telur +gula hingga kembang
-Masukkan esen vanila
-Masukkan bahan ayak n coklat chips/badan dan gaul rata2 mengunakan spatula
-Sudukan adukan ke atas loyang yang telah di sapu mentega
-Jarakkan adunan sebab ADUNAN AKAN MEMBESAR 2 KALI GANDA DAN MELEPER
-Bakar pada suhu 180C (suhu oven saya lah) selama 15-20 minit
-Angkat dan letakkan di atas redai sehingga sejuk...


Selamat Mencuba


Friday, 21 June 2013

Mama up lagi 0.5 oz...

Assalamualaikum....
Menjelang umur luth yg bakal menginjak ke 4 bulan,mama decide up lagi 0.5oz bekalan susu untuk luth...seblom ni luth minum 3oz per session,now 3.5oz per session..
Sesuailah ngan umur dia rasanya..
So tiap hari perlukan frozen EBM lebih kurang 15oz...selebihnya adalah fresh EBM...

Semoga membesar dengan gebu anakku...mama akan cuba sediakan susu untuk luth selagi luth nak
.

Saturday, 15 June 2013

My Milk Booster


Salam...
Cuti hujung minggu mcm biasa,di habiskan dengan anak anak n masak2..sejak bf ni,sy agak memilih jugak dlm hal makan ni,pilih makanan yg berzat n boleh banyakkan susu juga.antara yg saya perasan bila makan akan meningkatkan susu saya ialah makanan berasaskan soya.Dan favourite saya ialah tempe dan tofu telur.
Tempe tuh saya hiris nipis n goreng bersalut tepung.boleh makan dengan nasi or buat kudapan time nonton tv.best,rangup...
Toffu telur tuh pulak,saya hiris agak sederhana,gaul ngan tepung gandum n goreng sekejap...then saya buat masak sos tiram...ini makan ngan nasi panas memang terbaik lerrrr..
Apa yang saya perhatikan,apabila saya mengambil makanan ini,susu saya sedikit bertambah...kalo pum,dapat lebih oz lah sket dari biasa..ok lah tuh kan...
So mommies,boleh lah mencuba yer..

Friday, 14 June 2013

Pemilik rezeki itu...1386 oz..

Alhamdulillah....inilah pemilik kepada stok sebanyak 1386 oz itu...rasa mcm tak percaya boleh membuat stok sebanyak ituw...Luth skrg berusia 3 bulan setengah....
Bukan senang untuk mengumpul ketahap ini.perlukan banyak pengorbanan...korbankan waktu tido tiap2 malam...
Itu stok tuh d keluarkan sbb nak tumpangkan rumah pengasuh luth,sebab df dah penuh,fridge umah plak hampir penuh...hajatnya esok nk beli barang dapo,nak masak kahaterrrnyaaa...so kenalah bawak lari stok tuh.
Hasil pump saya tak le meriah macam org lain.sekali pum boleh dpt 5 6 oz jek pun.tp saya pump dengan konsisten sebanyak 5 kali sehari...hasil yg di pump tuh semua untuk stok...tak de nyer nak kasik Luth cukai ke apa...so terkumpullah sebanyak ituwwww...
Okay,letih nak tahip panjang2 kat hp ni eh....

So mommies out there yg planning utk fully bf,jangan give up okay...teruskan perjuangan sedaya upaya.
.jangan cepat mengalah...

Buat anakku,andainya mama pergi dahulu di tika kamu masih menyusu,inilah yg mama tinggalkan utk kamu...

Sunday, 9 June 2013

Luth Mikhael With Cloth Diapers

CD or Cloth Diapers...Lampin Kain moden....kalo dulu guna napkin ngan baby pin bagai if nak guna lampin kain, tp tidak sekarang......Lebih efisyen, tak renyah..tp a bit costly lah....tp boleh tahan lama jika di cuci dengan cara yang betul...den pun teruja gak lah nak guna untuk Luth, dan telah membeli beberapa set....

Jom layan beberapa gambar Luth with CD...
Ini masa Luth 1 Bulan..with Colababy CD
Luth 3 month+ wearing Q Baby CD
Ada banyak brand dalam pasaran sekarang, bergantung pada quality & corak yang kita nak...cantek kan...
Next entry nanti saya akan kongsikan tips membeli CD & cara menjaga CD....
Sebahagian Koleksi CD Luth

Happy Coth Diapering ya Ibu Ibu....Jimat & Mesra Alam.......





Saturday, 8 June 2013

Pengalaman Travel With EBM

As salam..
Cuti sekolah sesi pertama bermula 20 May dan akan berakhir 10 Jun..Macam biasa,kakak Balqis kalo cuti aje, sure dia lah yang sebuk request nk ajak gi bercuti memana..kali ni , kami rancang diam2 tanpa bagitau dia...kebetulan 25hb ada kenduri sepupu hubby kat kampung di Batu Rakit....

Balik kg bukan alasan skip pumping, walaupon kenkadang terbabas gak sikit sebanyak jadual dia..tau ajelah bila dah berkumpul ramai2...macam2 cerita.......tp,gajet pumping tetap bawak balik macam biasa.....Hasil pumping tidak mengecewakan...lagi mengecewakan andai nya saya tak bawak balik langsung..itu pun ada jugak emergency storage yg terpaksa beli sbb tak sangka susu boleh banyak mcm tuh....gigih carik botol susu tambahan.....ngan cooler box skali di beli, supaya senang lain kali nak travel...
Berada di kampung 3 hari jek lebih kurang.Gambar susu belah kiri atas tuh adalah hasil yg di perolehi masa di kampung...26hb, kami sekeluarga bergerak ke Cameron Highlands...EBM di bawa menggunakan bekas cooling mcm dia atas tuh..cara dia saya letakkan lapisan ais,then taburkan dengan garam, baru letak susu...lapis lagi mcm lapisan pertama hingga penuh...Alhamdulillah, perjalanan lebih kurang 5 jam sikitpun tidak merosakkan susu, malah ais dalam cooler tuh pun masih kekal berketul lagi..
Sampai di tempat penginapan di CH, saya pindahkan susu ke fridge ..legaaaaa.....then sesi pumping di teruskan macam biasa..malah makin bertambah plak hasil dia...terpaksa la carik lagi botol susu untuk tampung susu......Kali ni kami pergi 1 malam aje, sbb tuntukan kerja ..uhuhu....esoknya lepas jalan2 dua tiga tempat, kami bertolak balik ke Subang..mcm biasa lah jugak prosesnya, letak ais n garam....
Alhamdulillah, berjaya di bawa pulang ke Subang 2 dengan selamatnya....gambar belah kanan bawah itu lah hasil dari Kg +CH....total semua 82 oz..Alhamdulillah...sampai umah terus bekukan....

Gigihnya saya buat macam ni kerana azam yg tinggi nak susuka anak....


Gigih Pumping

Assamualaikum.......
Wekend aje yg sempat nk sentuh lappy mencoret kat blog yg hawe2 nk bersawang nie...weekday mmg hari sibuk...tak terkejar...
Hampir sebulan dah masuk office...rutin pumping berjalan dengan lancar walaupun di himpit kerja yg selambak....tau ajelah dah tinggal meja 2 bulan..mcm2 nak kena view balik...Alhamdulillah, purata tiap hari 20oz mampu di bawa balik....semua itu utk stok EBM......sbb sebelah malam, Luth fully DF........

Ini lah sebahagian dari permandangan indah yg tak akan saya lupakan sepanjang menyusukan budak montel ni...

Bahagia nya bila menatap hasil ni...Syukur

Memang hasil pumping tuh tak semeriah orang lain, tp rezeki tetap di terima dengan tangan terbuka...Syukur pada  Allah yg memberi rezeki ini...ingat senang ke nk lalui semua ini..huhuh.....InsyaAllah, akan ku cuba susukan Luth Mikhael selama yang boleh........

Permandangan bawah ni lagi indah...sokmo amik mood kalo perasaan malas tetibe menjengah...bukak DF, renung akan benda alah ni..kenkadang boleh buat jatuh air mata jugak ler.....
Paling kanan tuh yg latest punya view...full sudaa

So, pada ibu2 yg lain, moga catitan ini sedikit sebanyak menaikkan semanagat anda untuk menyusukan anak anda....Tanpa usaha, semangat yang kuat...semua ni tak akan datang.......


Sunday, 2 June 2013

Sokongan dan Pengorbanan

Bercakap mengenai pengorbanan,banyak yg perlu di korbankan jika ada berniat ingin menyusukan si comel anda..
Korban waktu tidur..sanggup?saya sanggup, sbb saya berniat nak susukan bby Luth....sanggup berjaga malam untuk pumping 3 kali semalam sepanjang waktu berpantang....Alhamdulillah, uasaha menampak kan hasil...penat dan mengantuk hilang selepas tgk hasil susu....
Korban kan diet..hihihihih...saya dulu agak kecil molek orangnya, seblom preggy berat 50kg jek...now bby dah 3 bulan, berat masih d takat 64kg....tak apaaaaa....sy puasssss, sbb bby Luth tembam.......
Korban sedikittt wang ringgit untuk gajet2 penyusuan (berbaloi sbb kalo guna fm, lg banyakkk nk guna duit..hek)..

Dari segi sokongan plak, paling utama adalah sokongan suami...saya bertuah sbb suami saya sangat2 menyokong saya...dia yg pada mulanya mmg saya mendorong saya menyusu setelah mengetahi saya hamil...Alhamdulillah, dikurniakan suami yg memahani...sokongan keluarga dan rakan terdekat juga perlu....
Jika di office, sokongan kawan2 office sangat di perlukan, lebih2 lagi bila kita terpaksa ambil sedikit masa untuk pumping........

Dan, ini adalah tanda sokongan suami untuk saya...tq abah...
Hesstar Chess Freezer 110L...mmg idaman saya 
Hasil setelah di transfer dari freezer...
Hampir penuh setakat 29 May 2013...1005 oz...syukurrrr

Saya manfaatkan sepenuhnya penggunaan DF....alhamdulillah, stok Jun saya terpaksa masukkan ke peti ais biasa balik, sbb stok kat DF dah fulll...sob3....

Macam mana saya boleh dpt stok sebanyak ini?.........rajinnnnnnnnnnnnnnn



Cara dan Petua Perbanyakkan Susu Badan

As salam...
Tengah rajin nk menaip, jangan di tahan jebattt...hahah
Nak kongsi tips bagi membanyakkan susu badan...pengalaman sendiri dan cedukan dr blog2 penyusuan...tp asasnya adalah tetap sama, Demand Supply...

Dulu saya tiada keyakinan dalam peyusuan, selalu cakap susu tak de...no no no..susu adaaaaa....cuma mental tak kuat, selalu jek negatif...dlm menjayakan penyusuan, minda negatif tidak di perlukan, yg di perlukan ada minda yang POSITIF....always positive yang ada mempunyai susu yg mencukupi untuk si manja anda...

Jom, tgk tips2/panduan  lain...

1.Zikir dan Doa

2 . Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
3. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
4. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
5. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
6.Tidak memberi apa2 makanan atau minuman lain kepada bayi sehingga berumur 6 bulan, kerana apabila bayi mula mendapat makanan tambahan, demand bayi kepada susu ibu akan mula berkurangan dan seterusnya mengganggu sesi penyusuan dan sekaligus mengurangkan penghasilan susu ibu
7.Minum air kosong paling kurang 3 liter sehari untuk melancarkan perjalanan SI
8.Positif sentiasa..ini sangat penting...........
9.Ambil supplement /makanan tambahan jika tubuh anda kerap letih,stress sehingga tidak mampu menghasilkan susu yg ada rasa mencukupi.
10.Amalkan surat Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara.Sambil susukan bayi, usap n cium rambut bayi..damai bukan?
11.Buat judual pumping dan pumping secara konsisten .Ini akan membantu dan memberi signal kepada otak yg SI masih ada demand nya walaupun tidak menyusukan secara DF...

Makanan Yang Boleh Perbanyakkan SI

1.Jantung Pisang
2.Daun Kemangi
3.Daun Pegaga
4.Pucuk Manis
5.Kurma (mmg sy jadikan amalan )
6.Lobak Putih  ( Saya juga seminggu sekali buat sup)
7.Air rebusan longan kering
8.Halba ( saya amalkan seminggu sekali )
9.Daun Kucai
10.Tauhu
11.Makanan berasas bijiran -barli,oat,jagung


Apa apa pun....niat ingin menyusu itu yg paling penting...


selamat mencuba...



Sedia berkhidmat-Spectra 3

Salam......
Taaa daaaaa.....ini lah teman baik yg sedia berkihdmat bebila masa utk den pumping........
Sedia berkhidmat tak kira masa...kat umah den, pum ni letakkan kat seblah lappy kat ruang tamu...senang, sambey pumping sambey layan FB ke layan tibi ke...ko ada?ahahhaha........
The Heavy Duty Pump....tumbs up...
Walaupun agak Bulky lah kan, tp mmg banyak berjasa niehhhh...
Impian den nak Medele Free Style...ngeeeee.......hehari duk nengok, tp.......belum ada cukup bajet lagi...
Moga satu hari nanti adalah rezeki nk ber Medela plakkk

Tepek sket idaman hati den nie....
Haiii  lahhhh haiiii.........

Mulakan langkah mengumpul EBM-hari ke 10 pantang

Bismillah...............
Belum terlambat nk coretkan perjalanan BF den...baby Luth semalam genap 3 bulan...
Alhamdulillah, den mulakan step nk buat stop EBM pada hari ke 10 berpantang.
Ini adalah perahan pertama..Alhamdulillah


....dengan masa terluang yg ada, den kerapkan ngan sesi pumping.......Alhamdulillah...ini lah hasil d hari 2 (hari ke 11 pantang)



Pada permulaannya, idok le banyakkk...tp Alhamdulillah, cukup menggembirakan hati den...betul kata2 sahabat den...kita bukannya tak de susu...no no no ....kita ada susu, tp penyakit M tuh yg menguasai kita...dan ilmu pernyusuan juga perlu untuk jayakan BF ni.....
Alhamdulillah, juga dengan bantuan set berpantang Shaklee, badan bertenaga, susu pun meriah...moga impian nk susukan Luth sehingga 2 tahun akan berjaya...

see u in next entry...bby Luth memanggil nk susu...